Friday, August 15, 2014


Assalamualaikum and selamat hari raya everyone! Today dah pun 3 Syawal. Tapi aku tetap disini, ya di rumah saja -,- Menunggu orang datang umah pun, orang belum tentu mahu datang hahaha. Duit raya pun tak banyak tahun ni, just dapat keseluruhan raya pertama RM76 je. Kalau dulu zaman budak budak, seharian berjalan ramai ramai pegi beraya rumah orang walaupun tak kenal pun rumah sape. Memang kaya laa mase tu, sehari dah boleh beratus. Tapi last last, duit masuk dalam handbag mak jugak -,- Sekarang dah besar nak bagi singgi pun kedekut. Aku kalau raya memang suka bawak handbag, nampak matang sangat kot. Orang pun 10 kali fikir nak bagi ke tak duit raya. Hahahaha. Semalam second raya adalah hari yang paling terindah dalam hidup aku *cewah. Coz I punye peneman hati jantung datang beraya rumah! Hahahaa. 

Actually kitorang plan dah lame, mase bulan puasa baru ni. First, kitorang plan nak iftar together mase pertengahan ramadhan tu. Tapi tak jadi sebab dia ade hal dekat kampung. Memang rase 'sebek', tapi apakan daya terpaksa lah redha takkan nak paksa pulak datang. Lain kali boleh iftar together lagi. Huhuu. Second plan, kitorang nak beraya together plak. Ya on the second raya. Hahaha. Belum habis puasa, aku dah excited gila gila. Aku memang dah lama nak jumpa dengan dia. Yelah, jarak antara aku dengan dia bukannya dekat. Aku dekat Dungun, and dia dekat Wakaf Tapai, Marang. Jauh memang jauh. 

Mase first raya, dia ada cakap,

Haz : Saya nok tolok dalam pukul 8, pukul 9 sapa ar.
Aku : Okey. Tapi rasenye pukul 9 saya baru bangun tido hahaha.
Haz : Owoh kalau gitu saya patoh balek mula ar.
Aku : Ehh beng gitu hahaa.

Aku memang selalu teringat pesan dia haritu, so aku always set otak aku ni supaya bangun awal dan tidak terbabas. Malam raya pertama, memang aku tido lewat. Dalam pukul 3 mungkin, ni semua sebab duk chat dengan dia. Duk cakap tak sabar laa, excited laa. Dish dish. Malam tu tido asyik senyum senyum je hahaa. Taktahu nak kate ape dah. Pagi tu abang aku kejut suruh aku bangun solat subuh. Mase tu memang fresh dan sel sel otak mula berhubung. Hahahhaa. Terus set otak supaya jangan tido. Lepas solat ape sume, aku pegi baring. Kalau dah baring, ape lagi, tido laa. Mengantuk gila sebab tido lewat. Kroh kroh kroh zzz. Mase tido, aku mimpi dasyat gila. Bukan mimpi hantu ke mimpi perang, tapi mimpi macam permainan perasaan gitu. Last aku terkejut, baru je bukak mata terus cari jam. Tengok jam pukul 9. Omaigod omaigod! Dalam kepala otak banyak benda fikir. Aku tak mandi lagi, baju tak iron lagi, ehh taik mata ade lagi. Then aku kol dia, aku takut dia dah ade kat sini sebab aku dah bagitahu peta rumah aku.

Aku : Hello.. ade mane or?
Haz : Ade umoh lagi ni. Tunggu Amer dok bangun lagi.
Aku : Ohh nasib. Baru bangun ea. Kate doh maren memang pukul 9 gok bangun -,-
Haz : Baru bangun? Naseb ade umoh lagi ni. Kalu ade Dungun gop, dok tahu la.
Aku : Hahaha *genyeh genyeh mate

Bukan main gaduh aku, rupanya still ade kat rumah lagi. Nasib gak. Kalau tu tak tahu laa macam mana kalau dia datang dalam keadaan aku macam tu. Eish. Lepas dia bertolak tu, aku lagi bertambah rasa excited. Tunggu punya tunggu, dia cakap dah ade kat petronas depan SM Sains. Aku lagi lah kelam kabut. Hahahaa. Rase semuanya bercampur gaul sebati. Pastu dia call suruh aku tunggu kat luar sebab tak tahu rumah mane satu. Otw nak tunggu depan lorong tu aku asyik senyum senyum je. Nasib takde orang mase tu, kalau tak mesti orang akan cakap aku gila. Tunggu kat luar, nampak laa keta kancil warna ungu. Aku lambai lambai laa tangan aku ni sebab nak bagi dia nampak. Amer si kawan dia pun drive masuk lorong yang aku tengah berdiri tu. Lepas tunjuk rumah, terus pecut masuk. Aku follow je la dari belakang terus sampai rumah. Mase aku duduk meja makan kat luar, aku tengok Amer senyum senyum je kat aku. Hahaha. Dia macam berlagak biasa je. Kadang aku terfikir, "dia tak rase kekok ke first time datang sini?" Entah. Mungkin dia berani kot. Bersangka baik. Lepas makan ape sume, dia ajak aku keluar. Tapi dia rase macam tak best laa kan, bawak keluar anak orang macam tu je. So, dia nak mintak izin ngan abah aku. Nak tunggu pergi mintak izin tu panjang jugak eh, tengok die kejap bangun, kejap duduk, kejap bangun, pastu duduk balek. Dia usap usap dada dia, berdebar katenye. Amer si temannya tu cube untuk tenangkan dia, biaselaa first time. hahaa. Aku kat kerusi just tengok dan senyum je ngan mereka berdua. Last, diorang pergi jugak dekat abah aku, tak tahu ape yang dibicarakan sebab aku stay kat luar, takut hahahaa. Pastu, dia keluar and terus ajak aku keluar. Aku terkejut laa sebab abah terus bagi green light, macam ade pape je hahaha. Aku masuk dalam bilik ambik beg, terus keluar.

Naik keta kancil turbo si Amer memang best hahaha. Mase dalam keta taktahu nak pergi mane. Nak pergi rumah Ery, dia tak ingat. Nak pergi rumah Mira, takut Mira takde. Last, kitorang pergi pantai Uitm je. Otw pergi sana, dia asyik tanye je keadaan aku oke ke tak. Aku cakap aku okey je. Lagipun takde pape yang perlu dibimbangkan, fikirku. Dah sampai kat pantai, Amer ajak pergi beli makanan. Tengah jalan jalan beberapa langkah..

Dia : Amer, ce mu tengok, mane tinggi aku nge dia?
Amer : Dia kot, erm same tinggi je 
Aku : Hahahaha *angkat kaki tunjuk heels
Dia : Dia main nipu mer hahaha

Bila ditanya aku nak makanan ke tak, aku just geleng geleng. Bila ditanya lagi, aku mengalah and just mintak air soya je. Pastu kitorang bertiga duduk atas bangku tepi tasik Uitm. Aku rase awesome je tengok tasik, biase aku pergi tak cantik pun. Tapi haritu, cantik memang cantik tasik tu. Air dia warne biru kehijauan gitu, macam first aku tengok tahun lepas, cantik macam tu jugak. Ke nak menyambut kedatangan aku ni hahahaha. Aku ngan dia berhadapan ngan Amer, so memang aku malu laa nak borak ngan dia. Mase Amer tengok arah laen, aku curi peluang borak ngan dia. Kadang memang aku senyap gile time tu. Aku bukan malu ngan dia, tapi aku malu ngan Amer hahaha. Then, Amer cakap dia nak tido sebab dia drive dari Terengganu awal pagi. Time Amer tido, dia ajak aku jalan jalan kat hujung pantai.

Dia : Bakpe dok cakak? Malu ar tu Amer ade
Aku : Memang malu pun, dokleh cakak kalu orang lain ade

Kitorang duduk atas bangku betul betul depan tasik, berhadapan dengan laut. Kitorang borak dari A-Z. Kadang aku takde soalan nak tanye, aku pandang dia, dia pandang aku balek. Senyum senyum kambing tak tahan tu. Aku selalu tengok dia, tengok muka dia, badan dia, kaki dia yang kurus tu. Nak nak muka dia, comel gila. Geram aku menengoknye. Rase macam nak cubit je. Hahahhaa. Tapi tak tercubit sebab ade banyak mata mata di situ -,- Tapi sies memang dia comel gila hahaha. Kalau orang lain tengok pakwe dia hensem, macho je kan. Tapi aku tengok pakwe aku comel weh hahaha! Aku akan kategorikan dia sebagai lelaki comel hahahaha :D Borak punya borak, sampai tak sedar dah sejam lebih aku duduk ngan dia. Kitorang pon habiskan sesi berborak sebab tengok si Amer dah bangun tido. Then, suruh Amer gambar aku ngan dia sebelum balek. Yang aku geram ngan si Amer ni sebab dia snap tu tak kira pun, terus snap je. Nasib laa ade bunyi. Gambar aku takboleh share kat sini, bahaye hahahaa. Biarlah rahsia ye hehehe :D Lepastu Amer hantar aku balek rumah. Time sampai kat rumah, aku pulak kena relakan kepergian dia. Huuu sedihnye. Rase macam sekejap je borak borak ngan dia, tengok muka dia. Sedih memang sedih. Kena rela jugak lah dia balek, dia pun ade rumah jugak kan hahaha. Balek dari date, aku asyik senyum je. Bahagia memang bahagia. Tapi sedih jugak, lepas pertemuan ni, bila lah agaknya aku boleh jumpa dia balek? Kalau dia belayar 6 bulan, time tu pulak aku sambung belajar. Aish tak dapek laa T.T I really really miss him now. I wish I can see him again :) Thank you for everything bee :)


p/s : Bahagia, hanya itu yang mampu ku ungkapkan :)