Saturday, September 24, 2016

Harini genap 1 tahun 3 bulan aku tak tulis blog ni. Taktau kenapa tetibe dia datang rasa rindu yang syahdu gituu. Cik abang pon ade tanye "tulis blog tak?". Jawapan nya tetap sama dari dulu, takde mase nak tulis. Die cakap dia suka baca blog aku. Haha apa yang menariknya blog ni? Hairan betul. So, harini aku dah habis exam mid sem 2 and tinggal satu lagi ujian amali farmaseutik pada lusa. On Jan 2016 aku telah diserap masuk sepenuhnya ke Kolej Sains Kesihatan Bersekekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak atau dikenali sebagai KSKBSAS. Dengan melalui 2 ujian online, ( 1 tak lepas sebab ade problem SPA punya laman web ) and 1 kali interview. Syukur alhamdulillah semua ujian lulus dengan sebaiknya, dapat satu pilihan, diploma dalam Penolong Pegawai Farmasi yang menjadi cita-cita aku sejak zaman sekolah menengah lagi. Huhuhu. Cakap pasal cita-cita, memang dah lama aku minat dengan farmasi. Aku mula jatuh cinta dengan 'dunia ubat' setelah masuk aliran sains masa tingkatan 4. Minat timbul bila faham belajar kimia, biologi tu semua. Merancang ambil jurusan farmasi dekat IPTA dengan masuk melalui matrikulasi. Tapi hampa, dengan berbekalkan result SPM yang seciput, aku tak layak. Aku memilih tingkatan 6. Tiada bayaran yuran, tempat belajar dekat dengan rumah ( sekolah lama masa SPM ) and hanya beli buku-buku STPM dalam anggaran RM400 kebawah and berbekalkan duit saku dan harapan mak ayah. Aku ambik aliran sains tulen sebab senang bagi untuk ambik degree dalam farmasi. Dalam proses 6 bulan belajar, rasa tertekan sebab susah yang amat. Betul kata orang, subjek sains tulen STPM ada matematik (T) memang payah nak skor. Dalam masa tu jugak, SPA tawarkan exam online. Niat tetap diteruskan, aku sanggup tangguhkan exam trial biologi petang tu sebab nak jawab exam online, tapi problem. Selang 2 minggu, aku ditawarkan lagi. Kalini Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Then, tiba masa aku exam final STPM sem 1, aku menangis jawab soalan biologi dengan matematik. Sedih. Tak nampak jalan cita-cita aku, semuanya kabur. Tak putus asa, sebulan lepas tu SPA tawarkan interview di ILP, Gong Badak Terengganu. Tapi interview tu hari sekolah, so aku mintak kebenaran cikgu. Cikgu aku banyak bagi dorongan, tapi ada satu ayat dia cakap, "first interview biasanya tak lepas, sebab payah". Dengan penuh harapan mak ayah dan cita-cita aku, berbekalkan dengan ilmu dan kemahiran interview yang dipelajari, akhirnya aku disini :) Bagi aku semua itu tidak sukar kalau kita berusaha. Bagi yang dapat course sama macam aku, kalau takde basic sains sekalipun, jangan bimbang. Yang 4flat tiap sem and dapat kerja tu bukannya ade basic sains pon, dulu sastera je. Berkat minat nak mencuba dan usaha, itu yang penting. Dulu amik nasib amik tingkatan 6 je, kalau tak kena tanggung beban hutang. Sekarang tak payah fikir pasal hutang, dengan elaun tiap bulan RM820, makan pakai cukup siap duit untuk mak pun aku boleh hulur tiap bulan. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan kerana aku tak perlu lagi menyusahkan mak ayah aku pasal tanggungan belajar kerana aku sekarang mampu tanggung diri sendiri :)

Monday, June 8, 2015

So today adalah second day aku teruskan hidup tanpa dia. Ini bukan kisah macam haritu, putus seminggu. Yang tu sebelah pihak merana, yang sebelah lagi rasa bersalah. But the end of the day, masing masing still boleh bawak bincang hal ni and now dah bahagia walaupun kadang kadang perli throwback putus seminggu. Kurang ajar. And now kita dalam perjalanan mencari kebahagiaan sebenar dengan masing masing tak contact, tak jumpa, tak call or anything couple do. Ini bukannya plan kita tapi dah dirancang oleh family aku sebab aku still student stpm yang memang kena fokus lebih laa. Bagi aku memang tak boleh terimalah semua ni, tak contact satu hari pon aku dah gelisah macam cacing panggang. Inikan pulak satu tahun lima bulan. Tahu tak tempoh tu agak lama. Kalau sebelum ni dia pergi kerja lima hari pon aku dah suruh dia balik sebab aku terlalu rindu dan tak boleh kalau sehari dia takde di samping aku. Walaupun sedih, merana, menangis air mata darah sekali pun, aku tetap kena redha dengan keputusan ni. Aku tau ini mungkin yang terbaik untuk aku. Selama satu tahun lima bulan aku peram rindu, nanti dah habis kita luahkan semua biar sampai dia lemas dalam lautan rinduku. Hahaha. My dear future husband, promise that awak akan tunggu saya, sama sama kita berlari berpimpin tangan merentas ranjau bahagia. Saya tahu mungkin sekarang kita sedang menanggung peritnya derita, namun percayalah suatu hari nanti pasti Allah menjanjikan sesuatu yang selama ini kita cari. Teruskan fokus dengan kerjayamu, kerana aku disini sedang mendoakan kamu agar dipermudahkan jalanmu untuk menghalalkanku. I love you :) 

Friday, December 19, 2014

Today is Saturday. Harini macam biasa bagi orang bekerja. Biasa aku pergi kerja dengan kereta, tapi harini unik sikit sebab aku pergi kerja dengan bot. Hahaha bunyi memang tak pelik sebab sekarang musim banjir melanda termasuk tempat kerja aku. Aku tengok jambatan kat situ abes tenggelam. Mula mula naik bot tu okey lagi sebab air baru paras pergelangan kaki. Tapi bila dah sampai tengah aku tengok pakcik yang tukang tarik bot tu baju dia basah sebab air dah paras pinggang. Mata aku melilau tengok kiri kanan. semua dikelilingi air. Aku berdebar and shaking sampai bot pon turut sama terhuyung hayang. Kang tak pasal pasal jatuh dalam air dah laa tali air tepi tu je. Ishhh. Aku bukannya ape aku takut air lah. Bunyi macam kelakar, tapi itulah hakikatnya! Hahaha. Teringat lagi mimpi semalam pasal aku duduk dalam bot tengah tengah laut dalam. Aku tak boleh bayangkan keadaan dalam air masa tu kalau aku jatuh mungkin aku akan dimakan ikan josh ohh seramshit. Sebab tu aku benci kalau ada sesiapa duk mention pasal "deep sea". Pasal seronoknya scuba diving sekali televisyen memaparkan kisah "the scary of deep sea" dekat animal planet dan keadaan ini menyebabkan otak aku terbayangkan akan makhluk makhluk yang menakutkan dalam tu membuatkan aku takboleh tidur malam ohh tolong hentikan semua ini. Aku pun ingin hidup seperti orang normal juga.

Tuesday, December 9, 2014

Assalamualaikum and good morning everyone! Harini rasa macam biasa je sebab tengah sibuk duk peram rindu kat cik kerang aku ni. Semalam dia dah ade Kelantan and pagi ni baru bertolak ke Myammar. Ya Allah memang berat sangat nak lepas dia pergi sana. Beginilah hidup kalau bercinta dengan seafarer asyik kena tinggal je. Kalau sekejap takpe laa ni sampai berbulan bulan. Uhuk uhuk. 

Before dia pergi, kitorang pergi dinner dekat Medan selera ikan bakar tepi pantai. Macam best je kan layan angin malam sepoi sepoi bahasa. Malam itu aku pakai simple simple je and bae pulak pakai baju garfield. Hahaha comel je. Malam itu aku makan kuey teow sup dengan air tea o ais laici pastu bae pulak makan nasi goreng biasa dengan air milo ais. Asyik minum milo je dia ni tapi tuan badan tak besar besar pon. Hahaha. Alhamdulillah aku dah boleh biasakan diri aku bila dengan dia. Kalau sebelum ni aku asyik berdebar je tapi malam tu takde dah. Sepatutnya kitorang makan dekat bawah langit malam tetibe hujan pulak terpaksalah pindah bawah bumbung dengan lampu yang sangat terang. Mase tu pulak siaran bola Malaysia lawan Vietnam rasenye..


Bae : Haa molek terang sikit duk sini, boleh tengok bola *sambil mata melekat kat tv
Aku : *berkata dalam hati* berat doh dang tengok bola abis arr *sambil kacau sudu dalam mangkuk


Tapi yang aku perhatikan memang dia banyak cakap dari tengok bola. Okey lah tu dari mata tu asyik melekat kat tv je sampai girlfriend kat sebelah dianggapnya tunggul sahaja. Time aku makan tu aku perasan dia perati je cara aku makan. Sampai nak tercover aku tapi tak cover pon. Aku makan je macam biasa. Lepas makan, kitorang jalan jalan dekat tepi pantai sambil borak borak. Best je buli dia malam tu. Aku tampar dia, cubit, ee geram aku tengok dia. Tapi dia tak melawan pon. Hahaha. Dia cakap dia takut bini hahaha pon boleh. 

Tengah best lepak lepak. tetibe hujan balik sekali mai lebat pulak tu. Kitorang berlari lari anak mencari tempat berteduh. Last duk bawah macam menara gitu entah aku pon taktau menara ape. Dekat setengah jam duduk bawah tu sambil tunggu hujan berhenti. Mase tu aku boleh tatap muka dia puas puas. Tersenyum senyum macam kerang busuk. Memang dia kerang busuk pon hahaha. Masa aku rasa macam dihargai sangat. Rasa macam taknak bagi dia balik umah nak suruh dia duduk dengan aku je setiap masa. Hahahahadoi rindunya.


p/s : I miss you so damn much my dear :'(

Thursday, December 4, 2014

Assalamualaikum and happy Thursday everyone. Today macam biasa sebagai seorang pekerja membuat kerja dengan berhemah ye. Walaupun hati ini berasa kecewa disebabkan tak boleh pergi Kampung Cina dekat Kuala Terengganu. Takpelah hari lain ade lagi kann bie kann. My bae cakap nanti kita pergi berdua je, tak payah ajak dorang semua. Hahahaha. Bukannya dorang tak ajak aku sekali, nak ajak memang nak ajak tapi aku pulak keje. Oh man, kenapa selalu tak kena time. Dish. Semalam terubat rindu sket jumpa my kesayangan. Kitorang jumpa dekat taman dekat Dgate je. Aku ingat nak lepak dekat pantai hujung dekat Uitm tu tapi kat situ gelap sangat. Kang tak pasal pasal kena kawin free. Tapi best jugak. Hikhik.

Aku tunggu je dekat taman sebab cakap dah on the way. Nampak dah dari jauh naik motor pakai baju purple tapi saje buat buat tak nampak. Calling calling cakap dah sampai, aku just cakap cari je kereta wira no plat TAN milik si Aina, time tu memang Aina ada dengan aku. Aku lambai lambai dari jauh sebab dah malas nak bangun. Last last angkat punggung jugak sebab Aina suruh. Bae tengok je aku jalan nyet nyet nyet dari jauh langsung tak berkelip. Aku senyum senyum je sebab bae datang kan. Tetibe dia nak letak helmet pastu helmet tu jatuh. Uish. Amboi lawa sangat ke sayang malam ni sampai tengok camtu, habis helmet jatuh tu hahahaha. Malam tu aku pakai baju kurung polka dot hitam. Memang tak plan langsung nak keluar pasal baru balek keje. Then, kitorang jalan jalan je and ambik keputusan duduk atas bangku bawah cahaya lampu. Romantik laa sangat sampai lampu tu duk suluh muka aku je. Jadi bae nampak muka aku, tapi aku tak nampak muka dia sebab dia membelakangkan cahaya. Tak aci lah camni dia untung aku rugi. Huh! 

Kitorang borak borak sampai tak hingat dunia. Aku suka sangat malam tu sebab aku dah tak gaduh gaduh and tak berdebar lagi dah. Malam tu aku tunjuk perangai sebenar aku. Aku mintak segala benda henpon dengan wallet dia sebab hobi memang suka meminta dan membelek barang orang. Aku belek belek habis semua sampai tak sedar perbuatan aku tersebut diperhatikan lama. Aku tengok atas tetibe hairan kenapa bae tengok aku sambil tersengih sengih, walaupun tak nampak mana muka tu tapi jelas nampak sengihan beliau menunjukkan giginya yang berlapis itu. Lama pulak tu. Aih angau ke ni hahaha. Setelah lama borak borak, tak sedar dah pukul 10. Mase tu Mira datang cakap Aina dah nak balek. Ye mase tu rase macam Ya Allah kenapa masa berjalan laju sangat. Aku rase aku baru je 5 minit borak borak dengan dia. Kecewa memang kecewa mase tu. Rindu sangat kat dia. Tak lama lagi dia kena pergi Myammar atas urusan kerja and you know how my feeling like Arrrrrrrrr. I'm gonna miss him more more and more. 

Balek je rumah aku terus bukak laptop. Pastu bae mesej cakap ade dekat kedai makan area rumah aku ni. Kedai makan tu kawan aku punye. Memang dekat sangat laa kedai aku dengan rumah aku ni. Kalau tau aku tak balek lagi. Mak aku pun bukannya ingat pasal aku yang dah bebas ni hahaha. Aku cakap takpelah, dah masuk rumah dah pun lagipun dah lewat dah tak manis orang tengok heh. Lepas balek taman memang letih. Tengah main laptop pun aku boleh cakap letih padahal baru je bukak. Last aku rasa letih sangat aku masuk bilik, nak baring rindu katilku. Huhuk. Tapi bila bae tanye letih ke idok nak mandi ke idok, dijawabnye sayang taknak mandi taknak itu ini sayang tak letih and tersangatlah hokey. Takpe tipu sunat tak dosa hehe. Masuk je bilik nak baring rindu katil ni, tengok makhluk gemuk tengah sedap tido atas katil aku. Hamboi kemain ea dia ni. Aku bleber pot pet pot pet suruh dia berambus dari situ. Aku bagi masa 5 minit and aku pergi toilet. Masuk je bilik tengok duk bantai tido lagi. Tengok bukan kemain lagi. Bilik sendiri ade je tapi saje buat buat tak wujud. Bangang jugak kakak aku ni ade otak taknak guna. Eee. Last last aku ambek segala bantal selimut teddy bear bawak masuk bilik dia, bilik bersepah macam tongkang pecah. Aku letih and mengantuk ni redha jelah tido situ. Sambil baring sambil on the phone. Letih letih pun sempat lagi aku usik dia cakap hantu ada sebelah, bae merajuk sebab dia berasa seram malam tu duduk sorang. Aku tak boleh kalau kesayangan ni merajuk lama lama kang tak pasai aku merana jiwa raga basikal. 

Dalam pukul 2 macam tu aku rase mengantuk yang amat sampai aku tak fokus mane dia cakap. Aku tau bae perasan sebab suara aku, suara mengantuk. Last tertido jugak aku kroh kroh kroh. Pagi tu bae cakap best laa dengar sayang berdengkok. Hamboi dah nak sangat, apekebende sedap entah dengar aku berdemgkok. Bae cakap dia memang suka. Ah lantak ah hahaha. Rutin biasa laa tu kejut aku tido. Kalau aku kejut awal, aku kejut dia dulu haaa gitu. Sekarang dah ade orang tolong kejut pepagi and hantar morning text. Aih suwitnye hahahaha.


p/s: Mahal na mahal kita 

Friday, August 15, 2014


Assalamualaikum and selamat hari raya everyone! Today dah pun 3 Syawal. Tapi aku tetap disini, ya di rumah saja -,- Menunggu orang datang umah pun, orang belum tentu mahu datang hahaha. Duit raya pun tak banyak tahun ni, just dapat keseluruhan raya pertama RM76 je. Kalau dulu zaman budak budak, seharian berjalan ramai ramai pegi beraya rumah orang walaupun tak kenal pun rumah sape. Memang kaya laa mase tu, sehari dah boleh beratus. Tapi last last, duit masuk dalam handbag mak jugak -,- Sekarang dah besar nak bagi singgi pun kedekut. Aku kalau raya memang suka bawak handbag, nampak matang sangat kot. Orang pun 10 kali fikir nak bagi ke tak duit raya. Hahahaha. Semalam second raya adalah hari yang paling terindah dalam hidup aku *cewah. Coz I punye peneman hati jantung datang beraya rumah! Hahahaa. 

Actually kitorang plan dah lame, mase bulan puasa baru ni. First, kitorang plan nak iftar together mase pertengahan ramadhan tu. Tapi tak jadi sebab dia ade hal dekat kampung. Memang rase 'sebek', tapi apakan daya terpaksa lah redha takkan nak paksa pulak datang. Lain kali boleh iftar together lagi. Huhuu. Second plan, kitorang nak beraya together plak. Ya on the second raya. Hahaha. Belum habis puasa, aku dah excited gila gila. Aku memang dah lama nak jumpa dengan dia. Yelah, jarak antara aku dengan dia bukannya dekat. Aku dekat Dungun, and dia dekat Wakaf Tapai, Marang. Jauh memang jauh. 

Mase first raya, dia ada cakap,

Haz : Saya nok tolok dalam pukul 8, pukul 9 sapa ar.
Aku : Okey. Tapi rasenye pukul 9 saya baru bangun tido hahaha.
Haz : Owoh kalau gitu saya patoh balek mula ar.
Aku : Ehh beng gitu hahaa.

Aku memang selalu teringat pesan dia haritu, so aku always set otak aku ni supaya bangun awal dan tidak terbabas. Malam raya pertama, memang aku tido lewat. Dalam pukul 3 mungkin, ni semua sebab duk chat dengan dia. Duk cakap tak sabar laa, excited laa. Dish dish. Malam tu tido asyik senyum senyum je hahaa. Taktahu nak kate ape dah. Pagi tu abang aku kejut suruh aku bangun solat subuh. Mase tu memang fresh dan sel sel otak mula berhubung. Hahahhaa. Terus set otak supaya jangan tido. Lepas solat ape sume, aku pegi baring. Kalau dah baring, ape lagi, tido laa. Mengantuk gila sebab tido lewat. Kroh kroh kroh zzz. Mase tido, aku mimpi dasyat gila. Bukan mimpi hantu ke mimpi perang, tapi mimpi macam permainan perasaan gitu. Last aku terkejut, baru je bukak mata terus cari jam. Tengok jam pukul 9. Omaigod omaigod! Dalam kepala otak banyak benda fikir. Aku tak mandi lagi, baju tak iron lagi, ehh taik mata ade lagi. Then aku kol dia, aku takut dia dah ade kat sini sebab aku dah bagitahu peta rumah aku.

Aku : Hello.. ade mane or?
Haz : Ade umoh lagi ni. Tunggu Amer dok bangun lagi.
Aku : Ohh nasib. Baru bangun ea. Kate doh maren memang pukul 9 gok bangun -,-
Haz : Baru bangun? Naseb ade umoh lagi ni. Kalu ade Dungun gop, dok tahu la.
Aku : Hahaha *genyeh genyeh mate

Bukan main gaduh aku, rupanya still ade kat rumah lagi. Nasib gak. Kalau tu tak tahu laa macam mana kalau dia datang dalam keadaan aku macam tu. Eish. Lepas dia bertolak tu, aku lagi bertambah rasa excited. Tunggu punya tunggu, dia cakap dah ade kat petronas depan SM Sains. Aku lagi lah kelam kabut. Hahahaa. Rase semuanya bercampur gaul sebati. Pastu dia call suruh aku tunggu kat luar sebab tak tahu rumah mane satu. Otw nak tunggu depan lorong tu aku asyik senyum senyum je. Nasib takde orang mase tu, kalau tak mesti orang akan cakap aku gila. Tunggu kat luar, nampak laa keta kancil warna ungu. Aku lambai lambai laa tangan aku ni sebab nak bagi dia nampak. Amer si kawan dia pun drive masuk lorong yang aku tengah berdiri tu. Lepas tunjuk rumah, terus pecut masuk. Aku follow je la dari belakang terus sampai rumah. Mase aku duduk meja makan kat luar, aku tengok Amer senyum senyum je kat aku. Hahaha. Dia macam berlagak biasa je. Kadang aku terfikir, "dia tak rase kekok ke first time datang sini?" Entah. Mungkin dia berani kot. Bersangka baik. Lepas makan ape sume, dia ajak aku keluar. Tapi dia rase macam tak best laa kan, bawak keluar anak orang macam tu je. So, dia nak mintak izin ngan abah aku. Nak tunggu pergi mintak izin tu panjang jugak eh, tengok die kejap bangun, kejap duduk, kejap bangun, pastu duduk balek. Dia usap usap dada dia, berdebar katenye. Amer si temannya tu cube untuk tenangkan dia, biaselaa first time. hahaa. Aku kat kerusi just tengok dan senyum je ngan mereka berdua. Last, diorang pergi jugak dekat abah aku, tak tahu ape yang dibicarakan sebab aku stay kat luar, takut hahahaa. Pastu, dia keluar and terus ajak aku keluar. Aku terkejut laa sebab abah terus bagi green light, macam ade pape je hahaha. Aku masuk dalam bilik ambik beg, terus keluar.

Naik keta kancil turbo si Amer memang best hahaha. Mase dalam keta taktahu nak pergi mane. Nak pergi rumah Ery, dia tak ingat. Nak pergi rumah Mira, takut Mira takde. Last, kitorang pergi pantai Uitm je. Otw pergi sana, dia asyik tanye je keadaan aku oke ke tak. Aku cakap aku okey je. Lagipun takde pape yang perlu dibimbangkan, fikirku. Dah sampai kat pantai, Amer ajak pergi beli makanan. Tengah jalan jalan beberapa langkah..

Dia : Amer, ce mu tengok, mane tinggi aku nge dia?
Amer : Dia kot, erm same tinggi je 
Aku : Hahahaha *angkat kaki tunjuk heels
Dia : Dia main nipu mer hahaha

Bila ditanya aku nak makanan ke tak, aku just geleng geleng. Bila ditanya lagi, aku mengalah and just mintak air soya je. Pastu kitorang bertiga duduk atas bangku tepi tasik Uitm. Aku rase awesome je tengok tasik, biase aku pergi tak cantik pun. Tapi haritu, cantik memang cantik tasik tu. Air dia warne biru kehijauan gitu, macam first aku tengok tahun lepas, cantik macam tu jugak. Ke nak menyambut kedatangan aku ni hahahaha. Aku ngan dia berhadapan ngan Amer, so memang aku malu laa nak borak ngan dia. Mase Amer tengok arah laen, aku curi peluang borak ngan dia. Kadang memang aku senyap gile time tu. Aku bukan malu ngan dia, tapi aku malu ngan Amer hahaha. Then, Amer cakap dia nak tido sebab dia drive dari Terengganu awal pagi. Time Amer tido, dia ajak aku jalan jalan kat hujung pantai.

Dia : Bakpe dok cakak? Malu ar tu Amer ade
Aku : Memang malu pun, dokleh cakak kalu orang lain ade

Kitorang duduk atas bangku betul betul depan tasik, berhadapan dengan laut. Kitorang borak dari A-Z. Kadang aku takde soalan nak tanye, aku pandang dia, dia pandang aku balek. Senyum senyum kambing tak tahan tu. Aku selalu tengok dia, tengok muka dia, badan dia, kaki dia yang kurus tu. Nak nak muka dia, comel gila. Geram aku menengoknye. Rase macam nak cubit je. Hahahhaa. Tapi tak tercubit sebab ade banyak mata mata di situ -,- Tapi sies memang dia comel gila hahaha. Kalau orang lain tengok pakwe dia hensem, macho je kan. Tapi aku tengok pakwe aku comel weh hahaha! Aku akan kategorikan dia sebagai lelaki comel hahahaha :D Borak punya borak, sampai tak sedar dah sejam lebih aku duduk ngan dia. Kitorang pon habiskan sesi berborak sebab tengok si Amer dah bangun tido. Then, suruh Amer gambar aku ngan dia sebelum balek. Yang aku geram ngan si Amer ni sebab dia snap tu tak kira pun, terus snap je. Nasib laa ade bunyi. Gambar aku takboleh share kat sini, bahaye hahahaa. Biarlah rahsia ye hehehe :D Lepastu Amer hantar aku balek rumah. Time sampai kat rumah, aku pulak kena relakan kepergian dia. Huuu sedihnye. Rase macam sekejap je borak borak ngan dia, tengok muka dia. Sedih memang sedih. Kena rela jugak lah dia balek, dia pun ade rumah jugak kan hahaha. Balek dari date, aku asyik senyum je. Bahagia memang bahagia. Tapi sedih jugak, lepas pertemuan ni, bila lah agaknya aku boleh jumpa dia balek? Kalau dia belayar 6 bulan, time tu pulak aku sambung belajar. Aish tak dapek laa T.T I really really miss him now. I wish I can see him again :) Thank you for everything bee :)


p/s : Bahagia, hanya itu yang mampu ku ungkapkan :)





Bangun harini dikejutkan dengan panggilan telefon daripada si Mira,

Mira : Weh! Orang cek doh plkn. Mung cek dok agi?
Aku : Yedop?! Boleh cek dok ke? Aku nok cek lalu ar.
Mira : Hor bereh. Siti boleh doe. 
Aku : Yedop? Owoh aku takboh. TAKBOH!! 
Mira : Hor hor tau hahaha. Tolong cek aku sekali tu.
Aku : Bereh der 

Lepas tu, aku terus pergi cek. Aku punye excited dah ni. Excited dan berharap yang aku tak akan terpilih. Aku tak suka dengan aktiviti PLKN ni. Arghh. Nanti muka jadi itam bila pergi sana. Taknak aku. Huu. Tunggu punya tunggu, lame gile weh. Asyik tak boleh je. Dah laa loading lambat. Sementara tunggu loading, aku call cikHaz dulu. Sembang sembang dulu. Terus bagitau dia pasal ni, dia pon tolong laa cek ikut mesej. Tapi tak boleh jugak sebab sistem sms tak aktif lagi untuk tahun ni. Last, aku pergi cek semula dekat laptop. Aku tengok dekat skrin, macam tak percaya je..



Ohyeahhhh! Finally aku tak terpilih!! Betapa gembiranya hatiku ini. Lepas spm ni, dapat lah aku bekerja dan memelihara kulitku dari terbakar dek sinaran cahaya matahari hahahaha :D Sape yang kena tu padan muka :P 

Monday, July 14, 2014


Assalamualaikum! Sini dah larut malam tapi aku sekarang belum tido sebab duk sebok melayan jiwang sambil dengar lagu Lokman Aslam // Aku Cinta Padamu. Alaa lagu Fair & Lovely tuu. Best giloo!! Hahaha. Layan lagu sampai termimpi mimpi den. Selain lagu tu, aku dengar lagu Screen // Bila Kau Kata Sayang and Exist // Masih Terserlah Ayumu. Tapi lagu Exist ni macam si lelaki patut tuju lagu ni untuk si perempuan. Ye dak? Takkan laa si lelaki ayu kot. Tak boleh tak boleh. Bila dah bercinta ni kan, *uish aku bercinta ke? hahaha. Takdelah, tapi otw laaa. HAHAHAHAHA *gelak setan. Macam macam benda yang lalui sejak Disember tahun lepas ade je yang tak kena. As well likes makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak basah and etc. Lama lama karang sakit taktahu laa, sendiri punya tanggung maa. 

Haritu sembang sembang kosong ngan mira, tetibe aku tanye dia, 

Aku : "Kalau dalam bab bab kapel eh, mende hal yang mung suka pada aku?"
Mira : "Mung romantik, susoh nok cari orang puang romantik pade hok laki"

Ohh what?! Aku romantik?! HAHAHAHA memang tak lah. Kot celah mane entah dok sedak cakap aku romantik. Atau mungkin pasal aku amik tugas pakwe dalam menuju lagu, bagi ayat ayat cinta or tulis blog bagai ni duk muji muji pakwe sendiri. Eh, ni sume pompuan ke laki ke pondan ke sume boleh buat untuk pasangan diorang. Tapi sepatutnya memang sesuai si laki laa. Kalau si pondan, choiii muntah hijau dulu -,-  Patutlah kawan aku asyik cakap aku romantik laa ini laa, rupanya pasal ini ye. Ohh baru ku tahu. Hahaha. Seromantik aku pun, aku pun ingin dibelai juga. Hehehee. Macam lirik lagu Exist ni, 



Marilah kasih aku dendangkan
Lagu yang pernah mencuri hatimu
Ooo.. marilah kasih biar kusimbah
Api kemarahan yang membakar di benak
Di benak mu...


Terpaksa ku berlari
Memintas mu dari pergi
Akan ku belai rambut mu yang basah
Masih terserlah ayunya wajah mu
Walau pun marah
Walau pun marah, ayu wajahmu
Masih terserlah... ooo...
Ayu wajahmu...


Bayangkan si pakwe datang duduk depan makwe dia, sambil memetik gitar dan menyanyikan lagu ini. Hadowww gua memang cair. Tapi adakah lelaki yang sanggup lakukan ini semua untukku? harap haraplah :/ And satu lagi, pasal flower crown tu. First aku tahu pasal benda ni mase aku tengok filem Heart. Yang si Farel letak flower crown atah kepala si Rachel. Memang sweet gile! Lahai nak jugakkk! Hazrol!! Hahahahaha. Tang mention jerit jerit bagai tak tahan tuu. Actually, kalau benda benda sweet macam ni aku taknak pakse. Biar semulajadi and sume datang dari sendiri, atau keinginan dia untuk suprisekan kita. Kalau paksa tak best laa kan, nanti si dia buat tak ikhlas. Si laki kan, tahu jelah perangainye macam mane. Ego nak mampus. Hahahaha kaum Adam jangan marah yee. Sabar, bulan Ramadhan ni. Hikhik :')




p/s : Romantik pon romantik lahh. Jangan psycho sudah -,-

Saturday, June 28, 2014


Aku rasa macam nak lari je dari rumah. Aku rasa tertekan duduk dalam rumah. Bukan cakap tak sayang family, tapi keadaan rumah macam selalu menghempap diri aku. Ape kene dengan aku? Aku rase aku dah tak normal. Daripada kecik sampai lah sekarang, benda yang aku nak dalam dunia ni  cuma lah nak hidup bersendirian. Memang statement ni gila. Tapi itu lah hakikatnye sekarang. Perasaan ni tak terluah pade sesiapapun, sebab kalau share pun bukan diorang paham perasaan aku. Diorang lagi cakap aku gila. Ya, memang aku gila pun. But one day, mase exam english paper 1 mid year, ade satu karangan bertajuk "Hope". Hell yeah, I wrote everything about my dream that want to be alone. Such a long time I've been waiting for this chance. I tell everything about my dream on the paper. Tersangat puas hati. Habis exam, orang tanya buat karangan ape, aku tak jawab. Nanti jawabnye, "gila". Sabarlah duhai hati. 
Kadang kalau sume family aku takde kat rumah, aku sorang sorang je. Aku rase macam aku boleh buat ape saje yang aku suka. Nanti aku dah besar aku nak duduk sorang sorang je. Senang hati, takde nak pikir masalah lain. Takpe ezzah, nanti lepas spm ko pergi lah mana mana yang ko suka. Tak sabar rasenye. Nak duduk tepi pantai, nak tengok pemandangan laut. Cantikk. Dah lama dah tak pergi tepi pantai. Taknak tengok ramai ramai, nak tengok sorang je. Nanti nak drive, pergi jauh jauh, dah tak payah balik umah. Senang. Dah besar, kena lah pandai berdikari. 
Sama jugak macam situasi dalam kelas, cikgu asyik suruh pelajar duduk dalam group. Kena ade pasangan lah. Cikgu taktau ke yang aku ni tak suka kerja kerja macam ni. Buat sorang sorang je kan senang. Habis cite. Nak bincang ape laa, ergh. Nonsense. Habis sekolah nanti, freedom lah aku. Tak sabar tak sabar tak sabarnye Ya Allah :') 


n/p : Don't mess with me.

Friday, June 20, 2014


I’m truly blessed for meeting him 
I’m blessed for having such a strong connection with him.
I’m blessed to have such strong feelings for him and know that he feels the same way.
I’m blessed I have someone who loves me as much as he does.
I’m just so blessed to have this man in my life, on my mind, and in my heart. 

Sunday, June 8, 2014


Dear Cik Haz, we fight, laugh, love, cry, scream, yell, talk about our future, wanting to have a family. That's why I love you because no matter what we say or do to one another. We always are able to work it out in the end. You are the reason I love the reason I trust. You are the best in the world, and I am blessed to be your girl ♥ 

Wednesday, June 4, 2014


Assalamualaikum. Sekarang aku sedang bercuti. Huu lama cuti sekolah kan, tinggal lagi seminggu sebelum bukak sekolah. Ohh tolong panjangkan lagi cuti :D Aku tak pergi mana mana pon cuti ni sebab aku kan budak SPM, so kena laa stay kat umah je sambil buat kerja rumah yang banyak ikhlas dari cikgu >.< Now, aku tengah layan lagu baru Taeyeon // Love, That One Word. Tetibe datang sedih hati ini walaupun sepatah haram aku tak paham ape dia nyanyi, disebabkan dia nyanyi lagu tu dengan penuh perasaan, dengan aku sekali turut merasainya :) Entah lah dengan aku ni, bila dengar lagu nada slow sikit, aku cepat feel and mula lah start takde mood sebab sedih sangat kan -,- But, one thing now that I really really miss. Seseorang yang aku rindu di laut sana. Bila laa dia nak balik sini? Sampai hati dia tinggalkan aku sebulan kat sini. Tapi itu semua salah kapten dia, ape lah yang dia nak daripada lebah aku ni? Hahaha. Seriously, memang aku rindu sangat sangat kat dia. Harap sangat dia balik nanti boleh dengar suara. Rindu sangat ni. Hahaha. Walaupun dia sebenarnya bukan pacarku, hahahaha *soon, lepas dapat lesen :) Dia sebenarnya adalah segala galanya bagiku. Tak dapat aku bayangkan kalau dia tak ada disisi aku, apalah akan jadi.


p/s : Love has come without you knowing without any reason, you’re in my heart. All alone, I repeat these words as I cry. Do you know?

Sunday, May 25, 2014


Assalamualaikum. Lama dah tak menaip. Meh kita start enjin dulu *preng preng. Hahaa dah macam nak pergi berlumba motor daa haish. Okay, tajuk entri harini ialah mimpi kawin. Yes, mimpi kawin. Adakah aku sedang bermimpi tulis tajuk sebegini? Haha tidak. Aku tidak bermimpi, aku masih sedar *tampar pipi -,-

Sebabnya aku tulis entri macam ni sebab semalam aku mimpi aku kawin. Hahahaha bunyi macam kelakar tapi memang betul aku kawin. Gila kau. Best tuu hahaha. Tapi yang tak bestnya lah, "husband" aku tu bukannya Cik Haz, tapi orang lain! Ah lesaa -,- Cik Haz! Kenapa bukan awak?! -,-Seriously aku rasa macam kenal jejaka dalam mimpi aku ni, macam penah nampak dalam pesbuk, kot. Hahaha taktaulah. Macam ni mimpi aku tu, mula-mula mak aku kenalkan lelaki tu dekat aku. Dia cakap, 

"Mak nak kamu kawin dengan pilihan mak yang hensem ni"

Perghh ayat skema gila! Hahaha. Erghh NO! *reaksi muka menjijikkan. Last-last, kawin jugak aku dengan dia. Lepas kawin punya laa gaduh. Siang malam pagi petang asyik gaduh je. Ada satu scene yang agak kelakar aku rasa,

Cik Hasbeng : "Ko ni ape laa result PMR macam hape entah. Yang aku punya lagi bagos dari hang laa! Dahlaa tak reti masak, puihh. Bini ape ko ni?!"
Aku: "Ko pehal nak ungkit balik result PMR aku?! Result ko bagos takat mane pon aku tak heran laa! Podahh!"

Hahaha gila kau bangang pegi ungkit balik result PMR. Hadoi laaa. Teruk betul "husband" aku dalam cite ni. Tapi kan, mimpi semalam tu, macam last-last tu macam tak gaduh dah. Aku dengan dia macam nak kembali ke posisi asal kitorang sebagai suami isteri. Last scene aku ingat yang masa aku pandang dia masa dia tengah borak-borak ngan kawan dia, dia pandang aku, dia terus senyum dan lambai tangan kat aku. Pergghh sweet doe! Hahahhahaa. Cik Haz janganlaa marah, ni mimpi je ni. Hehehe :D Memang tak masuk akai langsung mimpi tu kan? Aku search "mimpi kawin" kat google, & jumpa ni, 

"Seseorang yang masih bujang, samada lelaki atau wanita, yang mimpi berkahwin mungkin memberi alamat bahawa dia akan segera menemui jodohnya dan mendirikan rumah tangga dalam kehidupannya di alam nyata" Sumber: Tafsir Mimpi Kahwin

Woi agak laa, aku muda lagi kot. Baru 17 tahun. Hahahadoi laa. Papepon, moga aku dapat kawin dengan pilihan aku sendiri lah, huhu Amin :) Doakan ye! :D



p/s: Nak termuntah plak bace entri aku sendiri. Base gatal! :P

Sunday, April 27, 2014


Mengapa ku terus mengimpikan mu
mengapa aku menangis untuk mu
mengapa ku selalu tersakiti
mengapa aku berharap padamu

jelas-jelas kau tak memikirkan aku
jelas-jelas kau tak menginginkan aku
jelas-jelas kau tak menganggapkan aku ada

mungkinkah ini sudah jalan takdirku
ohh mungkinkah ini memang yang terbaik untukku

namun tak kuasa aku
bila terus-terus begini

aku tak sanggup
sungguh aku tak sanggup

Mengapa ku terus mengimpikan mu
mengapa aku menangis untuk mu
mengapa ku selalu tersakiti
mengapa aku berharap padamu

jelas-jelas kau tak memikirkan aku
jelas-jelas kau tak menginginkan aku
jelas-jelas kau tak menganggapkan aku ada 


Song lyrics by: SouQy // Jelas Sakit

Saturday, December 28, 2013


Don't you know me? The reason I'm here is because of you
But my eyes tingle with the cold so I can't say anything
I just look toward you by myself

Even if the tip of my heart hurts like this
Even if the tip of my hands tremble like this
I can only think of you

The person I miss like crazy
The words I want to hear from you like crazy
I love you, I love you - where are you?
The person I long for, who is deeply stuck in my heart

I want to cherish you forever

What do I do? You were so cold to me 
But I still miss you

Even if the tip of my heart hurts like this
Even if the tip of my hands tremble like this
I still can't forget you

The person I miss like crazy
The words I want to hear from you like crazy
love you, I love you - where are you?
The person I long for, who is deeply stuck in my heart

Please tell me that you cherish me
Please don't blankly erase me
Because you're my everything

The person I miss like crazy
The words I want to hear from you like crazy
love you, I love you - where are you?
The person I long for, who is deeply stuck in my heart

I want to cherish you forever
love you, I love you


Song : Taeyeon // Missing You Like Crazy

Tuesday, December 24, 2013

Alaaaaaaa, comelnye die! :')

Hai Assalamualaikum. Sekarang ni tengah malam dan aku masih belom tido. Yelah kalau aku tido, sape pulak tukang taip & publish post ni kan? -,- Malam ni memang rasa sedih sangat sebab.. sebab.. haaa sebab tadi baru lepas tengok drama korea. Tengok The Strange Housekeeper last episode, Ya Allah, ending die sedih gila. Menangis, mengogoi, meronta macam baby. Hahaa takdelah teruk macam tu. Seriously memang aku tak boleh layan cite-cite korea ni. Aku cepat touching. Biaselah kan pompuan ni kan hati dia lembut :') Pastu tengok cite animasi Brave pulak pukul 11. Ending last tu, aku nangis jugak. Aku taktahu laa ape nak jadi ngan aku malam ni. Asyik nangis je terus. Tak sampai sini je, sampai tido karang atas katil still sedih. Aduhai, ezzah oh ezzah, cengeng betol laa ko ni -,- Bila time sedih-sedih ni kan, tetibe datang pulak rasa rindu. Rindu kat someone yang bagi aku special laa. Haahaha. Identiti beliau terpaksa aku rahsiakan,  but people call him, Cik Haz! Erk bukan orang lain panggil, aku sorang je -,- Sekarang ni beliau ibarat peneman aku laa. 24 jam bertepek ngan aku. Lekat sampai takboleh nak dipisahkan. Lol. Takdelah, I mean dia selalu ada masa untuk aku, kongsi cerita @ masalah, selalu buat aku happy sampai kekadang aku lupa tentang masalah aku sendiri. Perwatakan dia yang periang tu buat aku bahagia dan aku dah anggap dia macam abang aku sendiri. Aku mula kenal dia dekat Wechat, tu pun secara tidak sengaja dia add aku. In WeChat, I never trusted someone before, but after I found him, everything changed. He always make my day :) Cik Haz, I love you. Promise me that you will never leave me okay? Promise me that you will always by my side when I"m alone & guide me when nobody around me, okay dear? Me heart you always, Cik Haz 


You're the first person I want to talk to when I wake up and the last person I wish to see before I fall asleep.




Wednesday, September 11, 2013

Aku ada crush. Nama dia bermula dengan huruf R. Dia same umur dengan aku. Umah dia jauh, tapi dia sekolah sama dengan aku. Sekelas dengan aku. Duduk depan aku. Actually, dia budak baru. Baru masuk tahun ni. Dia seorang atlet. Badan dia sasa sangat. Aku selalu melting bila tengok dia. Aku perasan dia kadang suka jeling aku. Aku taktahu apa tujuan dia, tapi aku suka :) Aku selalu tak fokus bila dalam kelas, sebab dah bila duduk depan mata kan. Tengok rambut, telinga, baju, beg & abis sume benda aku tilik. Macam mana aku nak belajar ni? Kadang ada jugak pusing arah aku sebab nak tanya soalan berkaitan dengan pelajaran. Dia tak tanya benda lain, sebab dia budak nerd. Budak suka belajar. Actually aku tak suka mana budak budak nerd ni. Tapi bila dah jumpa dia, aku lain pulak jadinya. Dah 6 bulan aku simpan perasaan ni, aku dah tak boleh simpan lama lama. And pada suatu hari, aku luahkan apa yang aku rasa & apa yang terpendam dalam hati ni yang tak larat nak tanggung rasa sakit pedih lemah jiwa raga. Aku luahkan segala galanya pada dia. Dia hanya membalas, "okay, saya janji tak bagitau orang lain". Oh, crush aku ni nampaknya nak makan pelempang laju laju. Aku luah aku punya feel, dia balas benda lain. Tak bengang mana abang kakak oi. Aku rasa tak semua orang boleh buat macam aku buat ni. Pengakuan berani mati. Esok bila datang skola, aku terus pergi dekat dia. Aku mintak maaf dekat dia pasal semalam. Kadang rasa bersalah jugak sebab bagitau terlalu awal ek. Mane tau dia dah ade awek ke. Tak ke gila main rampas rampas boipreng orang? So, dia cakap laa, "takdok bende ar. Small matter". Dia tersenyum. Alaaa comelnye :3 Pastu rasa lega jugak sikit sikit, dia dah maafkan aku laa tu. Keesokan harinya, tengah aku busy buat report fizik, dia datang kat aku. Dia cakap, "Siap dok lagi report?" Aku menggeleng. Memang laa tak, aku tengah buat kot. Dah siap sume report, aku tengok dia macam orang hilang akal. Tak buat lagi kot report tu sume. 
So, aku buat kerja gila, yang tak pernah dibuat seumur hidup aku. Aku mintak duduk sebelah dia. Nak duduk sebelah dia kena mintak izin dulu. Nasib dia bagi, kalau tak memang masuk kepala dalam bakul lerr. Malu kot. So, aku tanya laa dia nak buat apa. Dia cakap nak report sebab dia tak buat satu pon lagi. Aku dah siap, aku bagi laa aku punya. Masalahnya sebenarnya report aku tak tersusun. Taktau mane satu depan, mane satu belakang. Bantai susun je. So, aku tolong laa dia susun. Kadang aku tak ingat dia punya page. Nak start susun page tu, tiba tiba tangan menggeletar. Paham jelah kan aku tengah duduk sebelah crush aku kot. Rapat pulak tu. Sampai aku boleh dengar dia punya hembusan nafas. Dah tangan menggeletar, sekali dengan kertas report pon menggeletar sekali. Memang kuat sangat. Dia perasan, pastu dia tersengih. Aku rase die paham kot kenapa jadi camtu. Hahahaha. Aku benci laa kenapa laa tangan aku ni, masa best macam ni dia buat hal pulak. Malunya Ya Allah. Aku relaks, aku terus sambung kerja aku & dia sambung kerja dia. Mase dia tengah buat kerja, aku tengok je dia. First time boleh tengok dekat dekat. Selalu boleh tengok dekat belakang die je. Alangkah indahnya dunia ini :) Mase aku tengah duduk sebelah dia tu, aku perasan laa member member rapat jeling aku semacam je. Bukan jeling tajam, jeling jeling manja. Amboi boi boi. Tak penah tengok laki ngan pompuan duduk sebelah menyebelah ke? Hahaha. Lepas kelas, member aku cakap. "Untunglaahh orang tu duduk sebelah crush dia. Jeles plak I tengok". Hahaha, macam macam laa korang ni :D 


Crush, Sitting next to you doing absolutely nothing meant absolutely everything to me.

Assalamualaikum. Lame gile weh tak berkongsi cerita ni. Rindu plak rase nak menaip macam dulu dulu :) So today hari rabu. Sebenarnye aku sangat benci hari rabu kalau time skola sebab jadual sangat padat. Fizik, Addmath paling aku tak suka ada pada hari ini. Tapi, sebagai pelajar kelas 4 intan 4 di SMK Tengku Intan Zaharah terpaksa menerima hakikatnya -.-" Oh lupa, haritu raya aku tak update pon blog. Actually, raya aku biase biase je. Tema family aku warne oren. Kira okey laa tu kan warne oren, comel jugak. Tapi aku ni itam, tak 'macing' ler ngan kaler cerah cerah ni. So, aku tengok kat keda kedai baju tepi jalan tu haa. Banyak sangat baju cantik cantik. Peplum ade, baju kurung moden, jubah ade. Macam astro, macam macam ada :D Tapi tapi tapi, dalam banyak banyak baju dalam kedai diorang tu, just 2 helai baju yang berwarne oren. Tak kecewa mana lah kan. Tak dapat warne oren, biarlah. Tak mati eh kalau tak pakai warne sedondon :P So, aku beli baju kurung latest punya. Baju tu comel sebab baju ngan kain dia warne lain lain. Baju kaler merah, kain warne terqouise. Dah try, okey laa. Pastu bayar. Abis cite. Berikut adalah gambar hari raya haritu. Sekeping jelaa eh.
 
 
 Baju aku simple sangat. So aku decide laa pakai shawl yang latest. Aku pon taktau ape name shawl tu -,- 
Dari kiri, kakak, sepupu, aku & sepupu :D
 
 
Raye taun ni best laa jugak kan. Walaupun tak semeriah dulu dulu. Kalau dulu selalu dapat duit raya, sekarang jarang dah. Sampai kan bapak sedara aku sendiri aku tak bagi sebab ingat aku dah masuk Universiti. Woiii aku baru Form 4 laa :P Hahahaha. 
 
 
 
Should I smile because you're my friend or cry because that's all we'll ever be?

Wednesday, July 10, 2013

Hai dan Assalamualaikum :) Selamat berpuasa semua! Today first day puase, memang rase lapar gile. Setiap masa, setiap saat terbayangkan makanan. Haa yang cantik lagi pegi search google, "kuey teow tomyam". Perghhh, kecur liur gua. Adehh. Gamba atas tu pun dah kire terbaikkkk bagi perot aku berkaraoke harini. Hahaha, sedap dan cantik. Aumm :3 Papepon, kite kene banyak bersabar :D Post sebelum ni sweet gila kan aku ngan dia? Hahaha.. sekarang tidak lagi. Aku terpaksa tinggalkan dia. Aku kene fokus untuk Form 4. Tahun depan dah SPM, kang tak sempat mati laaa. Sedih tu memang laa, tapi dah terpakse nak buat macam mane lagi kan? sobsobsob :( Aku ni kire baek laa kan (*erk poyonye) sebab kalau aku rase macam tak sayang kat dia ke, nak tinggal dia ke, dan hal hal lain ke. Aku akan bagitau dia jugak, berserta alasan yang munasabah. Bagi aku kalau tinggal cenggitu je dikira tindakan yang bodoh k. Face-to-face or call, tu je care aku terus terang. Jujur kan aku? hehee. Tak lah, aku just nak dia tau bahawa aku nak berpisah dengan dia dengan cara yang baik. Sekurang kurangnya dia tau kan, haaa. Walaupun sayang lagi kan. *erk. 
Now, aku mula lupakan dia secara slow slow. Actually, mase aku kuar date ngan dia haritu, dia asyik berkepit je ngan henfon die tu. Aku mulai syak something tak best. Aku sepak kaki dia, aku mintak henfon dia dengan muka yang garang. I garang tau, jangan main main dengan I ni. hahaha. Okay back to our story, dia bagi je henfon dia, tapi muka dia lain semacam je, Aku tengok muka dia pucat macam baru lepas kene cium ngan hantu je. Aku check inbox dia, empty. Aku jeling tajam. Dia pandang arah lain. Aku check lagi, now sent message. Herm ade pon. Aku bukak satu..


Dia : Awok wak nape tu? Sihat tak? 


Menyirap darah aku baca mesej dia hantar kat pompuan gila ni. Rase macam nak suap kaki pon ade.Tapi aku steady je. Rileks Ezzah, mesej je pon kan. Tapi, muka aku nampak sangat series. Sampaikan Efa, Dhilah, Ayie & Effy tengok pelik semacam je. Effy pon cakap..


Effy : Kakjah jangan bekeng ngak. Takut Effy.


Aku just balas dengan senyuman sinis ataupun dikenali sebagai senyuman senget sebelah. Pastu, aku sambung lagi check sent message. Herm, banyak. Amboii, gatalnya. Ish ish ish. Tetibe, henfon tu berbunyi tanda mesej masuk. Dia tengok henfon dia, pastu dia pukul meja. Tepat pada masa mesej ni sampai kan. Bagus bagus :D Aku bukak, pompuan gila balas..


Pompuan gila : Dok wak nape pon. Saya sehat je. Awk? Saya rindu awak..


Hamboi boi boi boi. Maen rindu rindu laa plak. Now, kesabaran aku dah tahap menggelegak dah ni. Tunggu mase nak muntahkan lahar api kemarahan je ni.Tak boleh tahan dah. 


Aku : Tu awek ato mesej. Balas laaa. (*sambil bagi henfon dengan care kasar iaitu menyeretnya diatas meja) Balas lahhh!

Dia tak amik pon henfon dia. Pastu aku terus badmood, geng terkejut tengok aku cenggitu. Aku garang sangat ke? Mak aiii. Tak pernah aku segarang ni. Hahaha. Best jugak jadi garang kan. Geng aku sampai terlopong tengok. Nampak kat situ dia curang ngan aku. Tapi sebenarnya aku tak kisah pon kalau pakwe aku maen ngan pompuan lain. Dia bukan laki aku pon. Phuiiii! Tapi, jeles tetap jeles. Pastu, dia pon badmood jugak. Teruk dari aku tau. Takleh buat laki ni, muka dah laa garang. Kuat merajuk plak tu. Dah salah dia kan, asal plak nak merajuk ngan aku? Alaa bangangnye -.- Pastu, dia mula buat layan tak layan je bila duk ngan aku. Aku okey je. Geng aku yang lain ade lagi kan. Tak sunyi sangat aku petang tu. Beberapa hari lepas tu, aku mesej dia macam biase je. Tetibe aku rasa macam nak cakap je aku nak tinggal dia. Aku taip laa, & aku send. Aku terkejut jugak laa, sebab aku tak ready lagi nak tinggal dia. Dia balas mesej aku, bunyinye macam sedih. Herm, aku pon sedih. Tetibe, mak aku datang. Mak aku marah aku pasal aku tak tido lagi. Patutlah, dah pukul 1 pagi. Mase tu aku tengah pegang henfon, memang masa yang tepat, dia rampas henfon aku. Dia taknak bagi kat aku sampai bila bila. Aduhai, malang betol nasib. Pastu aku mula terfikir, patut laa aku hantar mesej macam tu kat dia. Rupanya itu petanda yang henfon aku akan dirampas. Takde henfon, tak boleh kontek laa. Nak kuar pon takboleh. Adeshhh.
Aku harap aku boleh lupakan dia. Ya Allah, beratnya :'( Susah sangat nak lupakan orang yang kita sayang kan. Aku redha. Aku harap dia bahagia laa dengan awek baru dia. Walaupun dia banyak buat aku sakit hati, tapi kadang kadang dia banyak mengajar aku mencipta kenangan. Terima kasih banyak banyak. Bye awak :'( 



p/s : Asal poyo sangat aku harini? :/

Saturday, June 22, 2013


Assalamualaikum. Harini aku gembira. Hahaaa, bukan saja gembira, malah ceria. Nak tau apa sebabnye? Hahaa. Becoz aku dah jumpa teman pengganti dalam hidup aku. Ini semua telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Memang aku tak kenal dia, tapi aku pernah jumpa dia. Bukan sekali, mungkin dalam beberapa kali agaknya. Ceritanya begini, pada bulan Mac, aku pergi "shopping" dekat Aneka sorang sorang. Aku ada bawak list barang. Aku tengok list barang sume dah amik. Just yang tinggal satu je lagi, iaitu gula. Yaa gula. Aku mencari gula tersebut sambil berjalan dalam Aneka macam orang tak betul atau dipanggil orang gila. Tetibe aku jumpe gula. Tapiii..gula tu gula 1 Malaysia. Aku fikir kalau aku amik, mak aku suruh beli yang lain. Then, aku nampak budak pekerja dia tengah susun barang. Kalau ditengok pada muka dia, macam budak tak abis sekolah tau dak. Muka tak mature gila. Tadak sapa kat situ, dia sorang je. Aku tanye die..


Aku : Erm, gula lain takdok ke? (sambil menunding jari ke arah gula di atas rak)
Pekerja Aneka : Takdok. Tu je ade.

Aku senyap. Aku still tak puas hati ni. Aku nak jugak gula yang biasa aku beli kat kedai. Aku tanye lagi..

Aku : Errkk.. gula ni je ke yang ade? (dengan muka series seriesnye)

Dia pandang aku lama dengan muka bengang, fedap agaknya.

Pekerja Aneka : Takdok. Tu je stok yang ade.

Takde pilihan lain, terpakse jugak aku beli gula tu. Aku amik 2 paket, bayar barang & terus blah. Beberapa bulan selepas tu, masa tengah syok ber'tweet', aku dikejutkan dengan deringan telefon aku yang bernada lagu Heart Attack tu. Tandanya call masuk lah. Aku tengok nombor yang terpampang kat skrin tuu, 014-XXXXXXX. Aikk. Sapo plak call malam malam buta ni? (terfikir aku dibuatnya). Aku jawab. Tetibe keluar suara lelaki. Dia cakap nak kenal ngan aku. So, aku berfikir sejenak. Aku tengah single mase tu, tak salah kalau aku layan dia kan. Takde sape boleh halang aku k. Hahaha. Pastu aku sembang ngan dia sampai pukul 2. Dia cakap umur die 18 tahun. Kalau dah sambung tu, maknanya aku dah bersetuju nak kenal kenalan ngan dia :) & dari situ jugak aku tau, rupanya Si Efa yang bagi nombor aku kat mamat ni. Adoiii. Babek betul budak ni ._. Dalam seminggu aku kenal dia, ade laa dia mintak kapel ngan aku. Aku tolak dulu sebab aku masih tak bersedia. Cek sibuk noo. Satu malam, aku otp ngan dia. Sembang sembang pasal blablabla. Pastu dia cakap, dia pernah keje kat Aneka kejap sementara tunggu praktikal. Aku terdiam. Aneka? Aku tengok gambar pesbuk dia. Ehh? Macam pernah nampak. Kat mane eh? Aku berfikir pasal tu sampai aku pusing pusing meja makan beberapa kali. Ganass.  Habis buntu fikir, last last aku tanye die..


Aku : Awak, awak penoh jupe saye dop?
Dia : Penoh. Berape kali ahu kat Aneka.

Aku tersentak. Diakah?

Aku : Jap. Awak ke yang saye tanye pasal gula tu?
Dia : Yup :) 

Ohhhhemmmgiiii. Dia rupanya. Sumpah memang aku ingat. Dah 18 rupanya dia, aku ingatkan dia tu budak tak berapa pandai, berhenti sekolah & kerja kat situ. Adoiii~ Memang aku gelak abes dengar cerita dia pasal gula tu. Dia cakap dia tak marah aku pon sebenarnye. Muka die memang macam tu. Katanya, kurang bergaul dengan pompuan. Ohhh. Hahaa. Lama aku kenal dia, dia ajak aku keluar. Aku on time je. On sabtu tak silap aku lah kan, aku pegi karok ngan dia. Bukan aku & dia saje, Efa, Dhilah, Effy & Ayie. Effy & Ayie tu kawan dia. & aku baru tau diorang pon berpasangan ngan Efa & Dhilah macam aku jugak.Tak kapel, just kawan biase je. For the first time, aku terkejut. Tingginya dia. Memang berbeza dia ngan dalam pesbuk. Beza tinggi aku ngan dia just 8cm. Mase kat karok, aku & 5 yang lain duduk dalam 1 bilik. Actually, bilik tu sebenarnye untuk 2 orang saja. Bayangkan berkepit kepit aku duduk dalam tu. Pandang kiri tak kena, pandang kanan pon same. Dia tak nyanyi, dia cakap dia malu. Malu laa sangat kan -,- Sejam lebih duk berhimpit dalam pusat karok tu, aku balik ngan Efa. Aku cakap nak beli air, so Efa ikot laa. Masa tengah tunggu air, Efa keluarkan something dari poket seluar dia..dia mengeluarkan rantai..


Efa : Ni Mizi bagi ke awok ea.. Dia panggil doh awak, tapi awak dok dengo.

*......* I'm speechless. Hanya berkata WOWWW~ Cantiknya rantai, kaler pink lagi.
Ehh yeke? Mungkin bilik karok tu terlampau bising, sampai aku tak dengar ada orang panggil nama aku.

Aku berterima kasih pada dia sebab dah bagi rantai tu. Dia cakap hadiah tu sempena besday aku. Aku lupa, aku ada bagitau dia besday aku bulan Feb. Hehee. Dia cakap dia pon ade 1, wane hitam. Molekkk molekkk~ Hari demi hari, aku mula rindukan dia. Efa cakap, jangan tunggu lama lama, nanti lama lama dia diambil orang~ Herm aku rase aku patut terima dia sekarang. Malam tu dia kol aku. Macam biaselah perbualan..


Dia : Hey, wak nape?
Aku : Minum air. (Memang aku tengah minum air mase tu)
Dia : Oow, baru putus tadi ea.
Aku : Hah? Putus? Sape putus? (kebengongan)
Dia : Saye baru je putus tadi nge mek saye.

Tengah syok minum air, tau jelah kan. Dek terkejut, abes tersembur & basah hampir separuh katil aku.

Aku : Jap, putus?
Dia : Yup. Saye baru putus tadi nge mek saye. Benonye mase saye kenal awak, saye kapel doh. 3 bulan lebih. 

Aku terkesima. Sanggup dia tipu aku. Ohh, sabarlah wahai hati.

Aku : Bakpe awak tipu saye? Bakpe awak dok kabo yang awak kapel nge die mase kite kenal haritu?
Dia : Saye mintok maaf, awak. Saye takdok niat pon nok wak senyap gitu. Saye takboh wak awak sakit hati. Tadi pon saye putus nge die sebab nok kapel nge awak. Saya suke kat awak.

Aku : (sebak) Saye rase cara awak saloh. Awak dok patut tinggalkan dia untuk saye. Kang saye kabo saye perlukan masa untuk pikirkan hal ni. Why? Why? Why you do this to me?

Dia : Awak, saye mitok maaf banyok banyok. Maafkan saye. Saye suke awak. Saye sayang dia. Tapi sapa hati die wak gitu ke saye. Awak tau dok, mase saye kapel nge die, die pasang rama jantan belakang saye. Kalau kene kat awak, mesti awak tinggal gok die kan? 

Aku diam seribu bahasa. Betul jugak kate die. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku sendiri. Dia tipu aku. Dia tetap bersalah dalam hal ni. 

Dia : Awak terimalah saya. Saya dah lama suka kat awak tau. 

Aku terus letak call. Kejamnya aku. Aku memang suka kat dia jugak. Tapi, aku tak sanggup bahagia di atas penderitaan orang lain. Hmm.

Keesokan harinya, masa datang ke skola, muka aku masam gila kalah air garam. Member aku siap tanya, "Apasal?" Aku senyap je, muka still tak berubah. Aku rasa aku patut lupakan dia. Tapi, susahnya. Aku mula belajar melupakan dia pada saat itu. Ya, dia memang patut bahagia. Walaupun ex dia tu banyak kali curang ngan dia, tapi dia masih sayangkan ex dia. Nobody perfect kan? Tinggal 2 jam lagi sebelum balik, masa tu Sej, cikgu takde. So, aku amik peluang lepak ngan Aina & Mira. Dia tanya soalan yang sama macam member aku tanya. Aku diam jugak. Dia paksa aku untuk cerita. So, aku bukak laa cerita daripada A-Z..


Aina & Mira : Bakpe mung dok terima dia? (serentak)
Aku : Hmm. Dia tipu aku na, mira. Bakpe die dok terus terang sebelum ni?
Aina : Dok saloh kalu mung terima dia. Dia jujur nge mung kan. Die kabo ke mung pasal die kapel, pahtu die putus. Aku rase die sesuai nge mung.
Aku : Tapi na.. Kalau die tipu doh aku sebelum ni, lepas kapel ekgi, die tipu plok kang. Ni soal hati na, bukan bleh wak maen maen.
Aina : Aku kabo mung kene amik die. Mung tau dok, dia sanggup putuh nge awek die sebab nok kapel nge mung. Napok doh die sayang ke mung. 
Aku : Tengok ar lu gane gane. 


Lepas balik skola, kata kata Aina selalu terngiang ngiang dekat telinga. Cakap Aina betul jugak. Kenapa aku bodoh sangat? Teruknya aku. Aku silap nilai kebaikan dia. Kejamnya aku buat dia macam tu. Sebenarnya aku pon sayang kat dia. Sebab dia berbeza dengan lelaki lain yang pernah hadir dalam hidup aku. Secara jujurnya, dia telah banyak mengubah aku ke jalan yang betul. Walaupun mase tu aku cuma kawan baik dia. Beberapa kali berperang dengan  perasaan sendiri, akhirnya aku tewas. Tewas dalam melawan rasa rindu dan sayang pada dia. Apatah lagi, lupakan dia. Aku call dia..


Aku : Awak, Ezzah ni. Saya nok mitok maaf pasal maren.
Dia : Hmm. Dakpe, saya maaf doh awak.
Aku : Awak sihat dok? Awak okey?
Dia : Saya sihat je. (pastu blablabla. Cakap macam biasa je. Buat macam hal kelmarin tak wujud)
Aku : Saya... Ermm. 
Dia : Saya mende?
Aku : Saya terima :)
Dia : Betol ni? Sies? Terima kasih :)
Aku : Ye, same same :) Saya sedar sebenarnya saya sayangkan awak :)


Pada 17/6, aku memulakan saat saat manis bersama dia. (Kapel laa maksud aku). Aku selalu jugak laa keluar date ngan dia. Muka dia sangat garang, tapi dia sebenarnya sangat pemalu. Aku nampak jam dia, comel. Aku teringat dulu mase Dhilah main tukar tukar jam ngan pakwe die. So, aku nak buat benda sama lah. Hahahaaa. Ikot orang je ni. Comey gila jam dia :) Selepas beberapa hari menjalin cinta ngan dia, aku perasan berat aku mulai susut. Tak sampai seminggu, berat aku hilang 4kg. Aku still tak percaya. Hahaa. Adakah ini penangan cinta? Hebatnya cinta :) Aku bahagia ngan dia. Aku tak pernah rasa macam ni dalam hidup. 
Terima kasih Mohd Tarmizi Bin Mazlan kerana telah mencorakkan warna dalam hidup saya.

Saya beri awak hati saya, tapi janjilah pada saya yang awak akan jaga perasaan dan hati saya seeloknya dan hargailah saya seadanya