Wednesday, July 10, 2013

Hai dan Assalamualaikum :) Selamat berpuasa semua! Today first day puase, memang rase lapar gile. Setiap masa, setiap saat terbayangkan makanan. Haa yang cantik lagi pegi search google, "kuey teow tomyam". Perghhh, kecur liur gua. Adehh. Gamba atas tu pun dah kire terbaikkkk bagi perot aku berkaraoke harini. Hahaha, sedap dan cantik. Aumm :3 Papepon, kite kene banyak bersabar :D Post sebelum ni sweet gila kan aku ngan dia? Hahaha.. sekarang tidak lagi. Aku terpaksa tinggalkan dia. Aku kene fokus untuk Form 4. Tahun depan dah SPM, kang tak sempat mati laaa. Sedih tu memang laa, tapi dah terpakse nak buat macam mane lagi kan? sobsobsob :( Aku ni kire baek laa kan (*erk poyonye) sebab kalau aku rase macam tak sayang kat dia ke, nak tinggal dia ke, dan hal hal lain ke. Aku akan bagitau dia jugak, berserta alasan yang munasabah. Bagi aku kalau tinggal cenggitu je dikira tindakan yang bodoh k. Face-to-face or call, tu je care aku terus terang. Jujur kan aku? hehee. Tak lah, aku just nak dia tau bahawa aku nak berpisah dengan dia dengan cara yang baik. Sekurang kurangnya dia tau kan, haaa. Walaupun sayang lagi kan. *erk. 
Now, aku mula lupakan dia secara slow slow. Actually, mase aku kuar date ngan dia haritu, dia asyik berkepit je ngan henfon die tu. Aku mulai syak something tak best. Aku sepak kaki dia, aku mintak henfon dia dengan muka yang garang. I garang tau, jangan main main dengan I ni. hahaha. Okay back to our story, dia bagi je henfon dia, tapi muka dia lain semacam je, Aku tengok muka dia pucat macam baru lepas kene cium ngan hantu je. Aku check inbox dia, empty. Aku jeling tajam. Dia pandang arah lain. Aku check lagi, now sent message. Herm ade pon. Aku bukak satu..


Dia : Awok wak nape tu? Sihat tak? 


Menyirap darah aku baca mesej dia hantar kat pompuan gila ni. Rase macam nak suap kaki pon ade.Tapi aku steady je. Rileks Ezzah, mesej je pon kan. Tapi, muka aku nampak sangat series. Sampaikan Efa, Dhilah, Ayie & Effy tengok pelik semacam je. Effy pon cakap..


Effy : Kakjah jangan bekeng ngak. Takut Effy.


Aku just balas dengan senyuman sinis ataupun dikenali sebagai senyuman senget sebelah. Pastu, aku sambung lagi check sent message. Herm, banyak. Amboii, gatalnya. Ish ish ish. Tetibe, henfon tu berbunyi tanda mesej masuk. Dia tengok henfon dia, pastu dia pukul meja. Tepat pada masa mesej ni sampai kan. Bagus bagus :D Aku bukak, pompuan gila balas..


Pompuan gila : Dok wak nape pon. Saya sehat je. Awk? Saya rindu awak..


Hamboi boi boi boi. Maen rindu rindu laa plak. Now, kesabaran aku dah tahap menggelegak dah ni. Tunggu mase nak muntahkan lahar api kemarahan je ni.Tak boleh tahan dah. 


Aku : Tu awek ato mesej. Balas laaa. (*sambil bagi henfon dengan care kasar iaitu menyeretnya diatas meja) Balas lahhh!

Dia tak amik pon henfon dia. Pastu aku terus badmood, geng terkejut tengok aku cenggitu. Aku garang sangat ke? Mak aiii. Tak pernah aku segarang ni. Hahaha. Best jugak jadi garang kan. Geng aku sampai terlopong tengok. Nampak kat situ dia curang ngan aku. Tapi sebenarnya aku tak kisah pon kalau pakwe aku maen ngan pompuan lain. Dia bukan laki aku pon. Phuiiii! Tapi, jeles tetap jeles. Pastu, dia pon badmood jugak. Teruk dari aku tau. Takleh buat laki ni, muka dah laa garang. Kuat merajuk plak tu. Dah salah dia kan, asal plak nak merajuk ngan aku? Alaa bangangnye -.- Pastu, dia mula buat layan tak layan je bila duk ngan aku. Aku okey je. Geng aku yang lain ade lagi kan. Tak sunyi sangat aku petang tu. Beberapa hari lepas tu, aku mesej dia macam biase je. Tetibe aku rasa macam nak cakap je aku nak tinggal dia. Aku taip laa, & aku send. Aku terkejut jugak laa, sebab aku tak ready lagi nak tinggal dia. Dia balas mesej aku, bunyinye macam sedih. Herm, aku pon sedih. Tetibe, mak aku datang. Mak aku marah aku pasal aku tak tido lagi. Patutlah, dah pukul 1 pagi. Mase tu aku tengah pegang henfon, memang masa yang tepat, dia rampas henfon aku. Dia taknak bagi kat aku sampai bila bila. Aduhai, malang betol nasib. Pastu aku mula terfikir, patut laa aku hantar mesej macam tu kat dia. Rupanya itu petanda yang henfon aku akan dirampas. Takde henfon, tak boleh kontek laa. Nak kuar pon takboleh. Adeshhh.
Aku harap aku boleh lupakan dia. Ya Allah, beratnya :'( Susah sangat nak lupakan orang yang kita sayang kan. Aku redha. Aku harap dia bahagia laa dengan awek baru dia. Walaupun dia banyak buat aku sakit hati, tapi kadang kadang dia banyak mengajar aku mencipta kenangan. Terima kasih banyak banyak. Bye awak :'( 



p/s : Asal poyo sangat aku harini? :/