Saturday, June 22, 2013


Assalamualaikum. Harini aku gembira. Hahaaa, bukan saja gembira, malah ceria. Nak tau apa sebabnye? Hahaa. Becoz aku dah jumpa teman pengganti dalam hidup aku. Ini semua telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. Memang aku tak kenal dia, tapi aku pernah jumpa dia. Bukan sekali, mungkin dalam beberapa kali agaknya. Ceritanya begini, pada bulan Mac, aku pergi "shopping" dekat Aneka sorang sorang. Aku ada bawak list barang. Aku tengok list barang sume dah amik. Just yang tinggal satu je lagi, iaitu gula. Yaa gula. Aku mencari gula tersebut sambil berjalan dalam Aneka macam orang tak betul atau dipanggil orang gila. Tetibe aku jumpe gula. Tapiii..gula tu gula 1 Malaysia. Aku fikir kalau aku amik, mak aku suruh beli yang lain. Then, aku nampak budak pekerja dia tengah susun barang. Kalau ditengok pada muka dia, macam budak tak abis sekolah tau dak. Muka tak mature gila. Tadak sapa kat situ, dia sorang je. Aku tanye die..


Aku : Erm, gula lain takdok ke? (sambil menunding jari ke arah gula di atas rak)
Pekerja Aneka : Takdok. Tu je ade.

Aku senyap. Aku still tak puas hati ni. Aku nak jugak gula yang biasa aku beli kat kedai. Aku tanye lagi..

Aku : Errkk.. gula ni je ke yang ade? (dengan muka series seriesnye)

Dia pandang aku lama dengan muka bengang, fedap agaknya.

Pekerja Aneka : Takdok. Tu je stok yang ade.

Takde pilihan lain, terpakse jugak aku beli gula tu. Aku amik 2 paket, bayar barang & terus blah. Beberapa bulan selepas tu, masa tengah syok ber'tweet', aku dikejutkan dengan deringan telefon aku yang bernada lagu Heart Attack tu. Tandanya call masuk lah. Aku tengok nombor yang terpampang kat skrin tuu, 014-XXXXXXX. Aikk. Sapo plak call malam malam buta ni? (terfikir aku dibuatnya). Aku jawab. Tetibe keluar suara lelaki. Dia cakap nak kenal ngan aku. So, aku berfikir sejenak. Aku tengah single mase tu, tak salah kalau aku layan dia kan. Takde sape boleh halang aku k. Hahaha. Pastu aku sembang ngan dia sampai pukul 2. Dia cakap umur die 18 tahun. Kalau dah sambung tu, maknanya aku dah bersetuju nak kenal kenalan ngan dia :) & dari situ jugak aku tau, rupanya Si Efa yang bagi nombor aku kat mamat ni. Adoiii. Babek betul budak ni ._. Dalam seminggu aku kenal dia, ade laa dia mintak kapel ngan aku. Aku tolak dulu sebab aku masih tak bersedia. Cek sibuk noo. Satu malam, aku otp ngan dia. Sembang sembang pasal blablabla. Pastu dia cakap, dia pernah keje kat Aneka kejap sementara tunggu praktikal. Aku terdiam. Aneka? Aku tengok gambar pesbuk dia. Ehh? Macam pernah nampak. Kat mane eh? Aku berfikir pasal tu sampai aku pusing pusing meja makan beberapa kali. Ganass.  Habis buntu fikir, last last aku tanye die..


Aku : Awak, awak penoh jupe saye dop?
Dia : Penoh. Berape kali ahu kat Aneka.

Aku tersentak. Diakah?

Aku : Jap. Awak ke yang saye tanye pasal gula tu?
Dia : Yup :) 

Ohhhhemmmgiiii. Dia rupanya. Sumpah memang aku ingat. Dah 18 rupanya dia, aku ingatkan dia tu budak tak berapa pandai, berhenti sekolah & kerja kat situ. Adoiii~ Memang aku gelak abes dengar cerita dia pasal gula tu. Dia cakap dia tak marah aku pon sebenarnye. Muka die memang macam tu. Katanya, kurang bergaul dengan pompuan. Ohhh. Hahaa. Lama aku kenal dia, dia ajak aku keluar. Aku on time je. On sabtu tak silap aku lah kan, aku pegi karok ngan dia. Bukan aku & dia saje, Efa, Dhilah, Effy & Ayie. Effy & Ayie tu kawan dia. & aku baru tau diorang pon berpasangan ngan Efa & Dhilah macam aku jugak.Tak kapel, just kawan biase je. For the first time, aku terkejut. Tingginya dia. Memang berbeza dia ngan dalam pesbuk. Beza tinggi aku ngan dia just 8cm. Mase kat karok, aku & 5 yang lain duduk dalam 1 bilik. Actually, bilik tu sebenarnye untuk 2 orang saja. Bayangkan berkepit kepit aku duduk dalam tu. Pandang kiri tak kena, pandang kanan pon same. Dia tak nyanyi, dia cakap dia malu. Malu laa sangat kan -,- Sejam lebih duk berhimpit dalam pusat karok tu, aku balik ngan Efa. Aku cakap nak beli air, so Efa ikot laa. Masa tengah tunggu air, Efa keluarkan something dari poket seluar dia..dia mengeluarkan rantai..


Efa : Ni Mizi bagi ke awok ea.. Dia panggil doh awak, tapi awak dok dengo.

*......* I'm speechless. Hanya berkata WOWWW~ Cantiknya rantai, kaler pink lagi.
Ehh yeke? Mungkin bilik karok tu terlampau bising, sampai aku tak dengar ada orang panggil nama aku.

Aku berterima kasih pada dia sebab dah bagi rantai tu. Dia cakap hadiah tu sempena besday aku. Aku lupa, aku ada bagitau dia besday aku bulan Feb. Hehee. Dia cakap dia pon ade 1, wane hitam. Molekkk molekkk~ Hari demi hari, aku mula rindukan dia. Efa cakap, jangan tunggu lama lama, nanti lama lama dia diambil orang~ Herm aku rase aku patut terima dia sekarang. Malam tu dia kol aku. Macam biaselah perbualan..


Dia : Hey, wak nape?
Aku : Minum air. (Memang aku tengah minum air mase tu)
Dia : Oow, baru putus tadi ea.
Aku : Hah? Putus? Sape putus? (kebengongan)
Dia : Saye baru je putus tadi nge mek saye.

Tengah syok minum air, tau jelah kan. Dek terkejut, abes tersembur & basah hampir separuh katil aku.

Aku : Jap, putus?
Dia : Yup. Saye baru putus tadi nge mek saye. Benonye mase saye kenal awak, saye kapel doh. 3 bulan lebih. 

Aku terkesima. Sanggup dia tipu aku. Ohh, sabarlah wahai hati.

Aku : Bakpe awak tipu saye? Bakpe awak dok kabo yang awak kapel nge die mase kite kenal haritu?
Dia : Saye mintok maaf, awak. Saye takdok niat pon nok wak senyap gitu. Saye takboh wak awak sakit hati. Tadi pon saye putus nge die sebab nok kapel nge awak. Saya suke kat awak.

Aku : (sebak) Saye rase cara awak saloh. Awak dok patut tinggalkan dia untuk saye. Kang saye kabo saye perlukan masa untuk pikirkan hal ni. Why? Why? Why you do this to me?

Dia : Awak, saye mitok maaf banyok banyok. Maafkan saye. Saye suke awak. Saye sayang dia. Tapi sapa hati die wak gitu ke saye. Awak tau dok, mase saye kapel nge die, die pasang rama jantan belakang saye. Kalau kene kat awak, mesti awak tinggal gok die kan? 

Aku diam seribu bahasa. Betul jugak kate die. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku sendiri. Dia tipu aku. Dia tetap bersalah dalam hal ni. 

Dia : Awak terimalah saya. Saya dah lama suka kat awak tau. 

Aku terus letak call. Kejamnya aku. Aku memang suka kat dia jugak. Tapi, aku tak sanggup bahagia di atas penderitaan orang lain. Hmm.

Keesokan harinya, masa datang ke skola, muka aku masam gila kalah air garam. Member aku siap tanya, "Apasal?" Aku senyap je, muka still tak berubah. Aku rasa aku patut lupakan dia. Tapi, susahnya. Aku mula belajar melupakan dia pada saat itu. Ya, dia memang patut bahagia. Walaupun ex dia tu banyak kali curang ngan dia, tapi dia masih sayangkan ex dia. Nobody perfect kan? Tinggal 2 jam lagi sebelum balik, masa tu Sej, cikgu takde. So, aku amik peluang lepak ngan Aina & Mira. Dia tanya soalan yang sama macam member aku tanya. Aku diam jugak. Dia paksa aku untuk cerita. So, aku bukak laa cerita daripada A-Z..


Aina & Mira : Bakpe mung dok terima dia? (serentak)
Aku : Hmm. Dia tipu aku na, mira. Bakpe die dok terus terang sebelum ni?
Aina : Dok saloh kalu mung terima dia. Dia jujur nge mung kan. Die kabo ke mung pasal die kapel, pahtu die putus. Aku rase die sesuai nge mung.
Aku : Tapi na.. Kalau die tipu doh aku sebelum ni, lepas kapel ekgi, die tipu plok kang. Ni soal hati na, bukan bleh wak maen maen.
Aina : Aku kabo mung kene amik die. Mung tau dok, dia sanggup putuh nge awek die sebab nok kapel nge mung. Napok doh die sayang ke mung. 
Aku : Tengok ar lu gane gane. 


Lepas balik skola, kata kata Aina selalu terngiang ngiang dekat telinga. Cakap Aina betul jugak. Kenapa aku bodoh sangat? Teruknya aku. Aku silap nilai kebaikan dia. Kejamnya aku buat dia macam tu. Sebenarnya aku pon sayang kat dia. Sebab dia berbeza dengan lelaki lain yang pernah hadir dalam hidup aku. Secara jujurnya, dia telah banyak mengubah aku ke jalan yang betul. Walaupun mase tu aku cuma kawan baik dia. Beberapa kali berperang dengan  perasaan sendiri, akhirnya aku tewas. Tewas dalam melawan rasa rindu dan sayang pada dia. Apatah lagi, lupakan dia. Aku call dia..


Aku : Awak, Ezzah ni. Saya nok mitok maaf pasal maren.
Dia : Hmm. Dakpe, saya maaf doh awak.
Aku : Awak sihat dok? Awak okey?
Dia : Saya sihat je. (pastu blablabla. Cakap macam biasa je. Buat macam hal kelmarin tak wujud)
Aku : Saya... Ermm. 
Dia : Saya mende?
Aku : Saya terima :)
Dia : Betol ni? Sies? Terima kasih :)
Aku : Ye, same same :) Saya sedar sebenarnya saya sayangkan awak :)


Pada 17/6, aku memulakan saat saat manis bersama dia. (Kapel laa maksud aku). Aku selalu jugak laa keluar date ngan dia. Muka dia sangat garang, tapi dia sebenarnya sangat pemalu. Aku nampak jam dia, comel. Aku teringat dulu mase Dhilah main tukar tukar jam ngan pakwe die. So, aku nak buat benda sama lah. Hahahaaa. Ikot orang je ni. Comey gila jam dia :) Selepas beberapa hari menjalin cinta ngan dia, aku perasan berat aku mulai susut. Tak sampai seminggu, berat aku hilang 4kg. Aku still tak percaya. Hahaa. Adakah ini penangan cinta? Hebatnya cinta :) Aku bahagia ngan dia. Aku tak pernah rasa macam ni dalam hidup. 
Terima kasih Mohd Tarmizi Bin Mazlan kerana telah mencorakkan warna dalam hidup saya.

Saya beri awak hati saya, tapi janjilah pada saya yang awak akan jaga perasaan dan hati saya seeloknya dan hargailah saya seadanya