Thursday, February 28, 2013

This is me. Yeah, real me. Not fake. *eleh bukan lawa pon ._.


You know me right? HAAAAA?! You don't know me? Okay okay. I'll explain :)
My name is blablablabla binti blablabla. Selalu digelar "Ezzah" "Izzah" "Ejah/Ejoh". Berumur 16 tahun. Beranak kat Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu (*hadooow kelas!) tapi stay kat Dungun. Beranak pada 14/2/1997. Bukan valentine day okay ._. Sekarang study dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah. (*AIZEK) Double wow! HAHAHA ._.

I'm just ordinary girl :) Berketinggian 162 cm dan Berat/Bersih 56 kg. Gemok ini maaa :'( Aku taktau aku mix ape, tapi orang selalu cakap muka aku macam orang jepun & china. Mengarut betol laa. Naseb baek dia tak cakap keling. Mempunyai sepasang mata yang kecil dan hidung yang besar. Jari kaki dan tangan saya biasa saje, tapi orang lain tengok panjang & diorang cakap saya alien bila tengok jari kaki sama panjang dengan jari mereka. Hadoiiiii. 

Aku punya ramai kawan. Yelah, berkawan biarlah beribu, berkasih biar satu. Lalalala~ :D Aku ni pemalu sebenarnya. Penah aku soal siasat kawan aku, aku tanya dia, "Gane aku mase mung first time kenal aku?" & belliau menjawab, "Mung senyap je, pahtu sombong" Ambekk nok, dokek kene sombong. Takde laaa, first kenal je tu. Kalau dah kenal seminggu, diorang akan kenal siapa aku. HAHAHA! Memang gila orangnya. Bila aku dah rapat dengan semua budak dalam kelas, aku tanpa segan silu berjoget depan kelas. Hahahaa, korang semua ada berani ka buat macam tu? HAHAHAHA :D

Kalau korang tak kenal aku kan, aku nak bagitau ni yang sifat aku atau "diri" aku yang sebenarnya iaitu penyayang, tak suka marah orang, suka buat kawan-kawan happy, loser, penuh dengan suprise, suka berterus terang, pemalas, tak suka mandi, suka mencuba sesuatu yang baru, berfikiran matang, berdikari, penakut & selebihnya kelemahan. Weeee :3

Semua orang mempunyai ketakutkan bukan? Aku camtu jugak. Aku really really takut dengan ketinggian & lipas. Bagi aku ketinggian ialah the biggest fear in my life. Aku penah naik jambatan gantung dekat Sunway Lagoon, first time aku naik, sekitar tahun 2009, aku patah balik. 2 tahun lepas, aku pegi lagi. Aku naik, jalan-jalan sampai hujung, tapi dalam keadaan menggelatar & menangis. Aku sorang je camtu, orang tengok pelik je. -,- Lipas. Kadang-kadang rasa takut, geli, meluat pon ade. Nak-nak masa dia fly, aku rasa hmm " I don't wanna live on this planet anymore." Tengok sekor je dah cabut beberapa juta langkah dari lipas tu -,-

Aku ada banyak hobi, rollerblading, onlaing, baca komik, berjoget, berkaraoke, bergayut-gayut berjam-jam, mengorat & banyak lagi lah. Tapi hobi yang paling aku suka buat ialah MAKAN. Pagi petang siang malam, MAKANNNNN je keje aku. Sebab tu berat badan aku cepat naik. 

Sesetengah gadis sekarang suka mekap kan? Kat luar tu kira okey lagi laa, ni kat sekolah pon nak mekap jugak. Krim, bedak bertepek, lip gloss, eye liner lah apa laa. Ya Allah, dah macam pontianak dah aku tengok sorang-sorang. Buat apa mekap datang sekolah?, wahai adik, kakak manis, intan payung. Tak perlu semua tu ye. Be natural okay. Lebih elok kalau masa remaja ni, jangan pakai krim-krim tu semua. Bahaya sangat tu. Tengok aku ni, krim, pencuci muka, alat mekap ape sume barang aku tak layan. Entahlah, aku just tak berminat. Aku basuh muka dengan air bersih & wuduk :) Itu dah lebih hebat dari barang-barang tu semua. Kecantikan semulajadi itu indah :'D

Dikalangan geng-geng aku, aku dikira paling maju dalam bidang IT. Bukan nak berbangga, dah memang hakikatnya. HAHAHAdoiii ._. Sebab aku punya banyak akaun laman sosial, facebook, twitter, myspace, friendster, blogger, tumblr, tagged & akaun-akaun yang lain. Aku belajar code-code blog dalam internet. Ganas tak? HAHAHA. So, bagi aku nak buat semua akaun tu sangat senang, nak handlenye lagi. Bila ramai tau, orang ni suruh buat blog, akaun ni lah, akaun itu lah. Aku sebenarnye malas. Sangat malas. Datang mood rajin, aku akan buat. Contohnya, macam update blog. Hewhew :3

Dalam fesyen, aku sangat ikut tentang fesyen. Orang pakai baju kulit lembu, aku pakai jugak. Tapi yang termampu jelahh. Macam shawl, pashmina tu semua. Sekarang ni peplum, fesyen yang ni memang aku tak ikut sebab baju dia free size. Aku try pakai haritu, Ya Allah, ketat gila babi pink. Aku rasa oksigen pon tak pas nak masuk dalam kulit. Pastu aku tak jadi beli, tanak aku tanggung dosa sebab pakai baju yang menampakkan bentuk badan. So sekarang aku lebih selesa memakain baju bersaiz besar, L, XL. Bagi aku better that baju lawa tapi ketat gelemat. Pakailah baju labuh & besar. Tak tambah dosa sangat. Miahaha :D

Hidung aku selalu berdarah. Tak pasti ia disebabkan oleh panas ke, hidung terlampau beso ke, penyakit atau benda lain. Memang kerap sangat, first time berdarah tu masa darjah 1. Darah menitis jatuh atas buka BM. Lepas tu, semakin kerap berdarah. Mak aku cakap aku selalu jatuh masa kecik-kecik dulu, jatuh kepala dulu. Mungkin tiada penyakit. Tapi sangat menyusahkan, nak-nak masa tengah sibuk buat kerja. Erghh >.< 

Haa dah kenal aku kan? Hehehe. Kepada yang belum kenal, selamat berkenalan :D





p/s: Mengantokkk. Ambe tido dulu. Night peeps :')