Thursday, June 6, 2013


Hai, Assalamualaikum :) Sekarang dah masuk seminggu bulan Jun. Lagi 2 hari nak bukak sekolah. Ohemgi! Homework aku tak sentuh langsung. Mase last day school haritu, cikgu ade suruh buat latihan Fizik Paper 3. Tapi, aku dah hilangkan kertas tu. Mak aih. Takpelah, boleh potostet kan. Hahaha. Anyway, tadi aku ade pegi pasar malam kat D'Gate. Tujuan untuk membeli baju? No no no. Sebenarnya aku nak jumpa seseorang. Jeng jeng jeng.. tak tau kan? Haha. Aku nak jumpa kawan pesbuk aku. Aku rajin laa terserampak ngan dia kat pasar malam, tapi tak perasan laa pulak. Walaupun dia seringkali menunjukkan riak muka macam penyangak tiap kali aku jumpa dia. Phuiiii. Aku tak kenal, sebab pesbuk die tak letak gambar muka dia. Tadi aku pegi jumpe die laa. Hahahaa. Baru nak cite ni. Aku pakai baju besar sket tadi, tanak ar pakai baju fit. Tempat ramai orang ni, dosa banyak oooo, & aku pakai heels. First time kauuu pakai heels. Tetibe plak rase nak pakai heels. Pakai heels nampak tinggi & kewanitaaan sikit. Cewahh. Harap harap sangat laa jangan jatuh tertonggeng tergolek dekat pasar malam tu. But, Alhamdulillah. Takde aksi berikut berlaku. Hehee. Sampai sana aku terus pegi dekat makanan, tadi mak aku kirim beli makanan sikit nak buat berbuka nanti. Dalam masa yang sama, ku menjeling jeling ke kiri dan ke kanan mencari dia. Tak jumpa. Ramai sangat orang ni. & mase aku beli air, aku pusing lagi ke belakang. Tetibe aku nampak dia tengah memusingkan kepala mencari seseorang, mungkin. Aku tengok jelaa, then dia nampak aku kat gerai air tu. Dia datang & terus pukul belakang aku dengan topi dia. Melatah aku kat situ. Kurang asam punye member!
Lepas abes 'shopping' makanan, aku berjalan seiringan dengan dia. Dia ade cakap nak jalan jalan ngan aku. Tak pernah lagi kan. Poyoooo ini semua! Oh lupa, dia ade bawak sorang kawan. Aku kenal dia, senior kat sekolah aku. *bodoh sape tak kenal senior sendiri -,- Tengah jalan jalan, dia amik henfon aku. Die check mesej, tanye ni, tanye tu. Serabut jugak kadang kadang. Pastu die berhenti, rupenye tengah bercakap dengan member die. Aku malas laa berdiri tercokong kat situ macam patung. Kang kene soal lebih lebih. Lebih baik aku cauuu. Aku jalan sorang sorang. Rasa happy sangat bila jalan sorang sorang, rasa bebas. Cehhh. Tengah syok berjalan sambil minum air, sekali dia mari pukul belakang aku dengan tetibe. Terkejut aku, naseb tak tersembur air dalam mulut ni. Eish. Sabar jelah Ezzah oi. Kitorang asyik berjalan je. Tengah berjalan tu ade jugaklaa dia datang merapatkan tubuhnya dengan secara tidak sengaje. Amboii amik kesempatan nampak. Aku perasan kan, ade mate mate yang tengok aku ngan die. Serasi ke? Herm. Die tak sesuai untuk aku. Mungkin dia terlalu hensem. Ye, die memang hensem. Ramai orang cakap. Aku pun rase camtu jugak. Hahahaa. Lupe plak, die dah ade awek woii. Takleh laa nak rembat. Hahaha. Aku harap aku dapat kuar jenjalan ngan dia lagi laa macam tadi & agar dipanjangkan hubungan persahabatan aku dan dia, Amin :')

Bersiap nak pegi umah nenek :D #SayaTauSayaTidakCantik #Poyo

p/s: Kesunyian :/

Thursday, February 28, 2013

This is me. Yeah, real me. Not fake. *eleh bukan lawa pon ._.


You know me right? HAAAAA?! You don't know me? Okay okay. I'll explain :)
My name is blablablabla binti blablabla. Selalu digelar "Ezzah" "Izzah" "Ejah/Ejoh". Berumur 16 tahun. Beranak kat Hospital Sultanah Zahirah Kuala Terengganu (*hadooow kelas!) tapi stay kat Dungun. Beranak pada 14/2/1997. Bukan valentine day okay ._. Sekarang study dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah. (*AIZEK) Double wow! HAHAHA ._.

I'm just ordinary girl :) Berketinggian 162 cm dan Berat/Bersih 56 kg. Gemok ini maaa :'( Aku taktau aku mix ape, tapi orang selalu cakap muka aku macam orang jepun & china. Mengarut betol laa. Naseb baek dia tak cakap keling. Mempunyai sepasang mata yang kecil dan hidung yang besar. Jari kaki dan tangan saya biasa saje, tapi orang lain tengok panjang & diorang cakap saya alien bila tengok jari kaki sama panjang dengan jari mereka. Hadoiiiii. 

Aku punya ramai kawan. Yelah, berkawan biarlah beribu, berkasih biar satu. Lalalala~ :D Aku ni pemalu sebenarnya. Penah aku soal siasat kawan aku, aku tanya dia, "Gane aku mase mung first time kenal aku?" & belliau menjawab, "Mung senyap je, pahtu sombong" Ambekk nok, dokek kene sombong. Takde laaa, first kenal je tu. Kalau dah kenal seminggu, diorang akan kenal siapa aku. HAHAHA! Memang gila orangnya. Bila aku dah rapat dengan semua budak dalam kelas, aku tanpa segan silu berjoget depan kelas. Hahahaa, korang semua ada berani ka buat macam tu? HAHAHAHA :D

Kalau korang tak kenal aku kan, aku nak bagitau ni yang sifat aku atau "diri" aku yang sebenarnya iaitu penyayang, tak suka marah orang, suka buat kawan-kawan happy, loser, penuh dengan suprise, suka berterus terang, pemalas, tak suka mandi, suka mencuba sesuatu yang baru, berfikiran matang, berdikari, penakut & selebihnya kelemahan. Weeee :3

Semua orang mempunyai ketakutkan bukan? Aku camtu jugak. Aku really really takut dengan ketinggian & lipas. Bagi aku ketinggian ialah the biggest fear in my life. Aku penah naik jambatan gantung dekat Sunway Lagoon, first time aku naik, sekitar tahun 2009, aku patah balik. 2 tahun lepas, aku pegi lagi. Aku naik, jalan-jalan sampai hujung, tapi dalam keadaan menggelatar & menangis. Aku sorang je camtu, orang tengok pelik je. -,- Lipas. Kadang-kadang rasa takut, geli, meluat pon ade. Nak-nak masa dia fly, aku rasa hmm " I don't wanna live on this planet anymore." Tengok sekor je dah cabut beberapa juta langkah dari lipas tu -,-

Aku ada banyak hobi, rollerblading, onlaing, baca komik, berjoget, berkaraoke, bergayut-gayut berjam-jam, mengorat & banyak lagi lah. Tapi hobi yang paling aku suka buat ialah MAKAN. Pagi petang siang malam, MAKANNNNN je keje aku. Sebab tu berat badan aku cepat naik. 

Sesetengah gadis sekarang suka mekap kan? Kat luar tu kira okey lagi laa, ni kat sekolah pon nak mekap jugak. Krim, bedak bertepek, lip gloss, eye liner lah apa laa. Ya Allah, dah macam pontianak dah aku tengok sorang-sorang. Buat apa mekap datang sekolah?, wahai adik, kakak manis, intan payung. Tak perlu semua tu ye. Be natural okay. Lebih elok kalau masa remaja ni, jangan pakai krim-krim tu semua. Bahaya sangat tu. Tengok aku ni, krim, pencuci muka, alat mekap ape sume barang aku tak layan. Entahlah, aku just tak berminat. Aku basuh muka dengan air bersih & wuduk :) Itu dah lebih hebat dari barang-barang tu semua. Kecantikan semulajadi itu indah :'D

Dikalangan geng-geng aku, aku dikira paling maju dalam bidang IT. Bukan nak berbangga, dah memang hakikatnya. HAHAHAdoiii ._. Sebab aku punya banyak akaun laman sosial, facebook, twitter, myspace, friendster, blogger, tumblr, tagged & akaun-akaun yang lain. Aku belajar code-code blog dalam internet. Ganas tak? HAHAHA. So, bagi aku nak buat semua akaun tu sangat senang, nak handlenye lagi. Bila ramai tau, orang ni suruh buat blog, akaun ni lah, akaun itu lah. Aku sebenarnye malas. Sangat malas. Datang mood rajin, aku akan buat. Contohnya, macam update blog. Hewhew :3

Dalam fesyen, aku sangat ikut tentang fesyen. Orang pakai baju kulit lembu, aku pakai jugak. Tapi yang termampu jelahh. Macam shawl, pashmina tu semua. Sekarang ni peplum, fesyen yang ni memang aku tak ikut sebab baju dia free size. Aku try pakai haritu, Ya Allah, ketat gila babi pink. Aku rasa oksigen pon tak pas nak masuk dalam kulit. Pastu aku tak jadi beli, tanak aku tanggung dosa sebab pakai baju yang menampakkan bentuk badan. So sekarang aku lebih selesa memakain baju bersaiz besar, L, XL. Bagi aku better that baju lawa tapi ketat gelemat. Pakailah baju labuh & besar. Tak tambah dosa sangat. Miahaha :D

Hidung aku selalu berdarah. Tak pasti ia disebabkan oleh panas ke, hidung terlampau beso ke, penyakit atau benda lain. Memang kerap sangat, first time berdarah tu masa darjah 1. Darah menitis jatuh atas buka BM. Lepas tu, semakin kerap berdarah. Mak aku cakap aku selalu jatuh masa kecik-kecik dulu, jatuh kepala dulu. Mungkin tiada penyakit. Tapi sangat menyusahkan, nak-nak masa tengah sibuk buat kerja. Erghh >.< 

Haa dah kenal aku kan? Hehehe. Kepada yang belum kenal, selamat berkenalan :D





p/s: Mengantokkk. Ambe tido dulu. Night peeps :')






Not sure if it ask for food or slap >.>

So today is 1/3/2013. Alaa kejap je kan, dah masuk bulan 3 dah. I want to wish Happy Birthday to my cousin, Anies Radzi. (lupe full name) yang ke 21 tahun. Ehh yeke? Tak pasti, 21 ke 22 -,- HAHAHA. Tetibe tak ingat umur cousin sendiri. Sejak 3 hari lepas, gusi aku bengkak belah kanan. Makan adalah hobi aku & jadi tak selesa laa nak makan. Pastu semalam, tiba-tiba aku tak boleh nak nganga luas mulut aku. Nak menguap, kunyah makanan rasa sakit sangat. Nak gelak pon kene control. Ergh ._. Aku dah berapa kali kumur air garam, minum berapa kali dah, tapi tak hilang-hilang jugak. Sedehhhnyyyeee T.T Redho jo lahh. 
Harini kat sekolah ade streaming class, dia macam pertukaran kelas ikut PMR result haritu. Aku yang asalnya kelas 4 intan 3, kelas sains tulen yang last pastu dipaksa pindah kelas 4 intan 4, kelas sains tulen baru bukak sebab aku ada C sebijik -,- Bayangkan, pelajar 4 intan 3 asal ade 36, bila buat streaming class, tinggal 9 orang je. Dasyatt dasyatt -,- Dulu kelas sebelah kantin, sekarang tingkat atas & jauh dari kantin. Pasni dah tak boleh nak curi-curi skodeng orang makan sekali bau-bau aroma mihun sup kantin. HAHAHA :D Next week exam TOV. Ohmaiigod, apa yang nak dijawab nanti?! Aku paling takut Fizik & Addmath sebab aku tak pandai kedua-dua subjek ni ._. Esok dah kena start belajar ni. *Elehh cakap je lebih ._. 





p/s: Takut plak bila onlaing pepagi bute ni :/

Friday, February 22, 2013


Hai kawan kawanku semua :* Sehatttt takkk? HAHAHA. Kalau sehat, Alhamdulillah. Saya juga begitu dong :D So, semalam khamis & semalam saya tak hadir ke sekolah. Saya text kawan saya cakap "Sori weh, aku dokleh mari koloh harini. Aku demam." Cewahh, ayat macam mintak kaki saiz 48. *Ehh -,- Padahal sebenarnye terlewat bangun, pukul 7.15 tak silap. Tengok jam sudah lewat, apalagiiii.. tido balek lahh. Lalalala~ Hati gembira :D Bangun tido pukul 11 lebih *anak dara ape ni ._. HAHAHA. Terus lompat atas kerusi yang berhadapan dengan laptop & open 3 new tab, Facebook, Twitter & Youtube. Wajib everyday :D 
Aku duduk umah, tak pegi skola ni boleh goyang kaki kahh? No no no *jari goyang-goyang. Aku kene basuh pinggan, sidai kain, kemas rumah & memasak. Haaaaahhh penat dohh -,- Tapi aku buat semua ade ganjaran tau, hihihi. Nak tau? :) Petang petang aku boleh pegi jalan-jalan :D Semalam, aku pegi mesremol. Entah berape puluh kali aku pegi mesremol. Kadang-kadang muak jugak kan, asyik-asyik mesremol je. Diantara Dungun & Kemaman, Mesremol lah yang paling femes & selalu dikunjungi orang ramai :) Yank dengan berlagaknye berkata "Mesremol dalam Kemaman, bukan Dungun. Dungun ane nape haaa?"  Manusia seperti ini perlu diberi kaki saiz 49. Haa amek kau, tambah lagi 1 saiz ._. 
Pegi mesremol just window shopping & makan je. Makanan kat mesremol sedap :D Balek dengan tangan kosong. HAHAHAHAHA, *okay tak kelalar -,-  
Herm, nampaknya Cik Efa dan ada pasangannya, Encik Shaqir & Cik Dhilah dan berkapel. Tinggal aku sorang je single mingle ni. Ottoke?! *(Nak buat ape ni?) Aku  memang rasa macam nak bercinta jugak, tapi kadang-kadang aku terpikir akan risikonya. Nanti kan aku tak fokus dalam kelas, mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak lena, termenung sorang diri & jadi minah jiwang. Entah lahh, rasa serba salah pon ade ._. Bercinta selepas kawen pon best kan? HAHAHAHA. 



p/s: Why selalu nosebleed? Ergh, it's so disgusting >.<

Tuesday, January 1, 2013


Hai Assalamualaikum :D Selamat tahun baru 2013! Sekarang aku dah 16 tahun. Alhamdulillah, umur masih panjang :) Semalam first sekolah, excited gila kot! HAHA *sebenarnye malas bangon tido -,- Semuanya baru, kasut, beg, baju, tudung, stokin, pencil box. Hehew :3 Ada perubahan tahun ni, tudung singkat sikit. Huu biaselah. Umur dah meningkat, tudung pon singkat jugak ye? :D Mase datang sekolah semalam, cikgu mintak sume Form 4 tunggu dalam surau, sebab nak kasi tau aliran ape. Cikgu Syukor bleber pot pet pot pet dan dia cakap kitorang ni LEMBAP dan MEMALUKAN sekolah je >.< Nak buat camne lagi, dah dapat, gitu jelah result. Aku tau laa aku ni bodoh kan. *Buat ayat sedeh laa pulak -,- Ni senarai kelas untuk setiap aliran, 


4 IBS 1 - Aliran Sains Agama
4 INT 1 - Aliran Sains Tulen
4 INT 2 - Aliran Sains Tulen
4 INT 3 - Aliran Sains Tulen
4 INT 4 - Aliran Akaun


Lepas dapat result sebenarnya aku dah fikir, memang confirm aku akan ditempatkan di kelas Akaun. Actually, kadang terase jugak nak jadi macam ayah aku, seorang Ahli Perniagaan. Tapi, aku tengok banyak jugak kene tanggung risiko. Yelah, sendirian berhad bukan kerja makan gaji. Cikgu sebut nama abis 4 INT 2, Aina ngan Mira berdebar lah kan. Diorang minat gila nak masuk Aliran Sains. Aku, Efa, Dhilah relaks je. Bila cikgu sebut nama untuk kelas Sains Tulen yang last, nama Mira mula disebut. Ucap tahniah laa kan. Muka still slamber, relaks je aku -,- Pastu tetibe je cikgu sebut name aku. Aku pon terkejut jugak laa kan, abis keluar "Oh, eh, oh, eh" dalam keadaan kebengongan O.O Lain yang aku nak, lain yang aku dapat. Aina ngan Dhilah pon ditempatkan di Aliran Sains, except Efa, Aliran Akaun. Boleh je kalau aku nak tukar dari Sains Tulen ke Akaun, aku rase mungkin dah terbaik kot bagi aku. Sebab senang nanti nak masuk U, banyak cabang boleh pilih. Satu lagi, aku suka bedah-bedah ni. Dulu memang cita-cita aku nak jadi doktor pon, hakikatnye aku tak minat sains, sampai sekarang, tak penah dalam exam besar aku dapat A -,- Tapi syukur terpilih untuk aliran tu :D Abang aku sangat excellent dalam Bio, Kimia, Fizik. Dia cakap Aliran Sains senang sangat! Petik jari je. Ek elehhhh dia ni -,- Memang dia minat sangat, tapi Addmath ko -,- Aku harap ko boleh ajar aku bile ko dah balek dari UNIMAS nanti K? Hehew :D



p/s: Aku still tak percaya aku Form 4 sekarang. Auuww, saya dah besar :D HAHAHAHA!


Thursday, December 20, 2012

*Bontot seksi -,-

Hai, Assalamualaikum :D Hari yang dinanti nanti telah pon tiba semalam. Jeng jeng jeng! Nak tau aku dapat berape? Herm, malunye. MALUNYEE!! Teruk sangat okey -,- Erm, yelahh. Aku just dapat 4A 3B 1C. Sikit je kan? Bukan setakat sikit, ciput je tu -,- Aku target bukan kemain banyak, 6A 2B. Cehhh, dah dapat seciput ini, redho jo laa jah :(  Sekolah aku, SMK Tengku Intan Zaharah still dalam Top 3 dalam daerah Dungun setakat ni. First, SMK Sains. Second, SMK Imtiaz & Third, sekolah aku, dengan 22 orang straight A's. Down gila tahun ni, tahun lepas 52 orang. Pecah rekod. Untunglahh Batch 96' :) Memang tahun ni jatuh merudum. Soalan setiap subjek mamcam ppfftttt! Geo je senang :')
Aku dah kecewakan mak ayah aku :'( Tak dapat ipad mini. Uwaaa! *sobbing -,- Sekarang ni aku pening, nak pilih aliran sains tulen ke akaun? Pusing pusing kepala memikirkannya :| Tapi aku tak minat sains, molek sangat laa tu sains pon dapat B -,- Aku takot kalau mohon pon hilang arah aku nanti. Fail sebab tak boleh nak pergi dengan sains. Aku rase aku amek akaun kot, sebab aku nak jadi usahawan/ahli perniagaan macam bapak aku! HAHAHA! Darah bisnes mengalir ni -,- Tapi aku memang minat akaun pon, ngok -,- Naseb laa KH perdagangan dapat A, kalau tak melepassss~ 
Tapi kan, time amek buku teks nanti, dia dah tetapkan kita aliran mane mane kan? Entah. Aku terbaca dalam blog someone tadi. Maybe kot. Name aku ade kat akaun laa tu kot. Hai prinsip perkaunan! HAI HAI! -,- Lepas ni kene belajar rajin rajin. Belajar kene start dari awal. Tahun depan boleh lagi main main, 2014 nanti, jangan harap! Boipreng tolak ketepi, ehh humban dalam longkang pon boleh. Aku nak buktikan pada mak ayah aku yang aku boleh berjaya dalam SPM nanti! In Shaa Allah ♥


p/s: Thanks mom for the skinny jeans :')

Friday, December 7, 2012


Assalamualaikum, Hai :) Sekarang dah bulan 12! OHHMAAAIIIGADDD! Orang cakap, 19/12 ni kuar result PMR. Btol ke? Erk. Nak dekat dah tu. Fuuhh berdebarnye & And kat bawah ni, ade satu note pasal result PMR nanti. *taktau laa btol ke tidak -,-


Result PMR dijangka keluar 19.12.2012 . Gred setakat ini . BM : 67 A . KHB : 75 A . MATH : 72 A . BI : 67 A . PAI : 70 A . SJ : 75 A . GEO : 75 A . SN : 70 A . BA : 85 A


Ohh, Aku rase memang patot BM ngan BI jatuh gred, sebab ape, susah kot -,- BA tingggiii wooo. Naseb baek aku tak amek BA, HAHA! Sekolah aku
sekarang dah tak amik dah result 5A dan kebawah. Dapat 6A pon dah syukur rasenye. Kalau rendah, alahaii kene kick out dari Aizek lah jawabnye -,- Erm, kuar result nanti, teruk macam mane pon, redho jelah. Heeee :D  Okay, harini aku nak cite pasal pertemuan aku dengan sorang mamat ni. * sekarang dia dah jadi BFF aku :) 


Haaa, aku kenal mamat tu (*erk name die Mohd Emran a.k.a Yank) dekat sini laaa, http://www.habbo.com/ :) Korang taktau? Habbo ni macam Facebook, kita boleh add, chat dengan kawan-kawan kita tapi dalam bentuk kartun. Comel gitu :') So, pada satu hari. Aku bukak laa Habbo ni. Mase tu dah bosan sangat kan, so aku jalan-jalan dalam room MHS (*Malaysia High School) iaitu room khas untuk bebudak melayu. Nak jadikan cerita, ade sorang budak ni, die tanye semua orang sape budak Terengganu. Ade laa dalam 4 orang gitu lah, aku pon tak berape ingat -,- Lepastu, start tanye umur, duduk kat mane, mintak pesbuk segala. And jumpe dengan budak name Habbo dia, yank96. Mase tu baru kenal, dah cakap aku mu. Sweet kan? -,- Dia berumur 16 tahun and asal Kemaman, Terengganu. Lepas beberapa jam, mula dah chat kat pesbuk. talk-talk benda yang tidak berfaedah. Haha. Aku mula gatal badan pegi mitak fake relay. Orang kate fake relay boleh jadi real relay op? HAHA! Aduhaiii. Fake relay lah selama 1 minggu. Entah berapa bulan kenal, kitorang jadi sangat rapat. Bagai isi dengan kuku. Errkk -,- Aku suka kat dia? No no no! Dia dah pon berpunya. Untung gile makwe die dapat pakwe cenggini. Dahlaaa hensem baik pulak tu. *Uwekkk. And kitorang banyak persamaan. Banyak lah, sampai malas nak taep -,-" Lol. Sekarang, kitorang suke ber-skyping :) The best moment bila skype terlekat, and aku dapat snap gamba dia. HAHAHA, there is, 



Ini dia! Hensem tak, hensem tak? HAHA! Aku tak rase dia hensem, tapi aku rase dia comel :) Kenang btol ngan gigi dia yang berlapis tu. Perasan tak hidung dia same ngan hidung aku? HAHAHA! Kan aku dah kate, kitorang banyak persamaan :) Terima kasih Habbo kerana telah mempertemukan aku dengan seorang kawan yang baik dan juga takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T :')  

Yank, kali pertama aku kenal mung. Secara jujurnya aku kabo, dok pernoh aku terfikir yang mung akan jadi begitu penting bagi aku :')

Aku sayang dia, sebagai kawan baik. Terima kasih Yank sebab sudi jadi kawan baik aku. Aku harap mung dok akan lupekan aku sampai bile-bile :)


P/s : Aku rindu nak berkaraoke :'(

Tuesday, November 20, 2012


Assalamualaikum. Tetibe datang mood rajin nak mengupdate blog, adakah ini hanya sebuah mimpi? *menampar pipi -,- Sepanjang cuti abes PMR ni atau a.k.a cuti sekolah, aku jarang keluar. Boleh je aku nak keluar, tapi aku bukannye pandai bawak kereta, moto pon aku tak pandai bawak. Orang cakap, "komang lah lu derrr!" Heishh -.- Tapi duet poket bukannye ade pon, pegi window shopping jelah. Semalam pukul 3 pagi, Cik Efa hantar chat, 


Efa: Ezzahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
           Ezzah: Ko ni dah kenape? Nyakit sawan babi ke? HAHA
Efa: Hey! Watch your mouth :P
Ezzah: Okeyy -_- Ade ape jerit-jerit ni?
Efa: Nok gi karok dok esok? :)
Ezzah: Hoh? Nok gi ngan nape?
Efa: Gi ngan bas no 11 (jalan kaki)
Ezzah: Oww, dhilah gi dok?
Efa: Gi laa semek weh.
Ezzah: Doh kalo gitu, bereh ar. Wake me up when jam tunjuk pukul 8.
Efa: -_- oraittt bos. Tido dulu bos. Assalamualaikum.
Ezzah: Okey, tido leklok syg. Jangan mengigau sampai jatuh katil pulak. Hihihihi. Waalaikumussalam :)



Abes perbualan di Facebook chat, terus cari baju siap-siap. Esok, tak payah nak gelabah cari baju lagi. Tahu jelah kan, kaum hawa kalau time pilih baju untuk dipakai memang lama, 1 jam tu kira lama jugak. Siap basuh muka, terus terjun katil. Kroh kroh kroh zzzz. Pukul 8 pagi, Cik Efa mengetuk pintu tingkap dengan sekuat hatinya (*ikot sedap die je nak ketuk-ketuk tingkap umah orang) sambil mulut potpepotpet "oiiii bangunnn, banguuunnnn!" Ingatkan hantu mane tadi, terus bangun sambil tersengih-sengih dengan air liur basi setepek kat muka. Pegi bersiap & jalan kaki bersama Cik Efa menuju ke umah Dhilah. Lepak umah Dhilah dulu sementara menunggu beliau bersiap, makan-makan dulu, barulah jalan kaki lagi ke Pusat bandar Dungun, Sura Gate :) Masuk karaoke, perghh menjerit macam orang gilakk. Nilah tempat untuk aku melepaskan tension. Naseb baeklah beli air mineral, kalau tak tengok jelah sorang-sorang menjerit "aiirrrrr, dahago dahago" -,- Mase nak balek tu, just tinggal 1 lagu je lagi & kitorang fikirlah kan nak pilih lagu ape. Tetibe, muncul mentol kuning menyala di atas kepala. Oppa Gangnam Style! Yang lain, good good :) Carik punye carik, jumpe lagu tu. Nak memeriahkan lagi suasana, kitorang nyanyi sambil joget-joget dalam bilik karaoke yang kecik tu. Abes sume orang tengok! HAHA, aku takde perasaan malu pon mase tu sebab dah happy sangat kan. So, enjoy lah derr. Lol xD Balek tu penat gila, tapi suara maintain tetap same :D Memang best laa semalam. Ngeee, kalau ramai geng kan best! :D Tapi takpe, minggu depan ajak sume geng pegi karok laa. Rindu gile nak hangout same-same ♥




p/s: Pray For Gaza ♥

Wednesday, November 7, 2012


Haiiii everywan :D Rindu sama saya eh? Haaa tak baik tipu, tuhan marah. Hihihihi :) Anyway, dah 5 bulan aku tak update blog ni. (*5 bulan? Lame tuuuhh) Bukan ape, malas sangat nak main taep taep ni, lagi satu sebok dengan Encik facebook & Cik Twitter, pastu PMR lagi. OMG! Papepon, aku sudah bebas dari PMR. Finally I've found a freedom *skipping laa sangat -.-"  Tapi scared dengan tarikh ni 28/12/2012, ia dianggap berpuake kerana pada tarikh tersebut keluarnye result PMR 2012. Wahhh, berdebarnye saye -.-" Aku rase memang aku takkan dapat punye 8A's yang aku target, sebab soalan dia boleh tahan susah. Tapi mungkin graf akan turun, mungkin laa kott. Walaupapepon, kuar result nanti redho jelah, Allah SWT lebih mengetahui :)
On Tuesday, *tak ingat tarikh plakkk --", Kelab Kembara ade buat lawatan. Aku, Aina, Dhilah & Mira join 8 kaki bersama kerana ketiadaan tempat kosong bagi lawatan yang lain. Bayaran tak mahal, just RM200 je. Murah kan? (*murah tok hang). Tak ramai yang pegi, just 20 orang, plus cikgu cikgu ngan driver bus. Alahhh, sikit je kan? Memang tak syok, tapi kitorang happy je :D Bertolak dari Aizek pukul 6, sepatutnya pukul 5 dah kene berambus, tapi disebabkan janji melayu, terpakselah tolak pukul 6. Lewat 1 jam, jeng kreng. Lupe nak bagitau, kitorang pegi lawatan ke Perlis, Kedah & Perak. Sepatutnya kitorang pegi ke KL, tapi disebabkan takde hotel yang murah so terpakse batalkan & then pegi dekat Lost World Of Tambun, Perak. Mula mula kitorang pegi Perlis, duduk chalet dekat Beseri, stay 1 malam. Esoknya, check out terus ontheway pegi Gua Kelam. Satu perkataan je kat sane, AWESOME! memang best gila :) Banyak dapat pengalaman bila masuk tempat macam ni. Lepastu, pegi Padang Besar, Perlis. Kat sane murah wooo. Aku shopping banyak gila, abes dalam RM98 (*tak silap aku). Padahal bajet bawak RM200 je, HAHA :D. Lepas abes shopping sume, naek bus pegi pulak ke Kedah. Kitorang just pegi 1 tempat iaitu muzium padi. Best laa jugak walaupun mase tu pukul 5, muzium tu dah nak tutup -.-" 
Keluar dari muzium tanpa haluan hidup, naeb bas lagi pegi ke Perak. Lame jugak mase perjalanan tu. Keje aku tido jelah dalam bas tu, tak tido, dengar lagu. Ade mase tu, aku dengar lagu & aku tertido mase lagu dimainkan. Sampai mati henfon aku dibuatnye, hehe :) Sampai je Perak, menuju ke Tambun bagi check in chalet. Bagi aku ar kan, chalet ni better than before (in Perlis) sebab kat sini murah, banyak bilik, siap ade aircon lagi. Bagi aku, serba serbi lengkaplah, hasihh -.-". tido semalaman, keesokan harinya hati penuh rase gembira. Nak tau? Sebab nak pegi mandi dekat Lost World Of Tambun lahh! Hehehehe :D Ontheway pegi Lost World ambil mase beberapa minit je, sebab dekat sangat. Sebelum pegi tu having breakfast dulu dekat warung. Perot dah kenyang, terus masuk Lost World. Bayar mahal jugak, RM45 satu kepala bagi adult. Awesome jugaklah. Aku bagi 5 bintang :) Tapi 1 je aku tak geram, aku tak boleh naek gelongsor yang paling panjang tu sebab naek 'benda' tu kene pakai legging, tapi aku pakai seluar trek. Makk aih, takkan takboleh. Dia tetap tak bagi. Last last aku blah camtu je. Geramnya dalam hati ramai yang tahu, sebab ramai kot yang takboleh masuk disebabkan seluar tu, kihkihkih :'D Bagi menyejukkan api yang membara di dalam jiwa, Aina ajak aku masuk Petting Zoo. First memang takot jugak sebab ade bunyi something yang agak menyeramkan. Last last, masuk sambil berlari, Haha. Memang tak rugi masuk Petting Zoo ni, banyak haiwan dalam tu. Nak cite sampai besok tak abes rasenye. Dekat pukul 5 petang, kitorang dah mula bertolak balek ke Dungun. Sampai dekat Bukit Merah, Kelantan, singgah makan makan & beli souvenirs untuk family & member di Dungun. Sampai je Dungun pukul 2.30 pagi tu, kaki aku rase kejang & lenguh sangat. Balek kat rumah je, terus nangis nangis sebab memang dah sakit gila ni. Mujur abah aku ade, die tolong urutkan kaki aku. Finally, rupe rupenye aku baru tau yang sebenarnye aku takleh jalan jauh. Haaa kalau tak, jadi macam tadi tu, lenguh kaki sampai takleh tido. Hermmm, naseb naseb. Ni jelah story untuk harini. Nak tido plak. byebye korang. See you again :)




Gambar kenang di Lost World Of Tambun, Perak. Sape tak jumpa aku, dia pendek umur :P






p/s: Panjang pulak entri aku kali ni. Klah, tido dulu. Kroh kroh kroh zzzz.

Thursday, May 31, 2012


Yeaa. I don't care HAHA ;D

Tinggal seminggu je lagi nak bukak sekolah. Alahai cepatnye masa berlalu kan? Dalam seminggu ni, sempat ke kerja khusus Geo & Sej aku siap? Mai aii. Macam tak je kan. Tapi, bukak sekolah ni cikgu nak sume siap. No excuse. Okaii okaii (-.-" Tak sakit hati mane pon bila henfon & laptop kene rampas di mak. Last-last, aku bawak henfon kemana saje aku pergi. One day, masuk tandas nak #$*@!, pastu bila nak duduk tu, tetibe henfon aku jatuh dalam baldi yang penuh berisi dengan air. OMMMGGGG! Aku terus amik & try buka. Alhamdulillah, still berfungsi. Fuhh. Henfon murah, tahan lama. Tak gitu kawan-kawan? HAHA --"

Haritu, aku, Aina & Mira pegi Mcd. Aku bonceng motor Aina & Mira datang dengan kete mak dia. Yang kelakarnye, aku pakai baju Mr.Bean kaler oren, handgak belang-belang (*btol ke eja camni?) & pakai tudung obama, leopard oren. Entah pape aku pakai. Macam badut sarkas je --" Niat aku pegi Mcd haritu cuma satu. Satuuu je, nak siapkan kerja khusus yang terbengkalai. & hari tu jugak, para hotsetahh melepak kat situ jugak. Alahh, bukan sorang dua, berpuluh-puluh. Kerusi ngan meja kat Mcd pon tak mampu nak tampung orang seramai itu, termasuk aku. Disebabkan itu, aku terpaksa duduk atas lantai sambil cover malu dengan main mesej dengan 'pakwe'. Wakakaka. Jangan salah faham, aku bukan duduk atas lantai tengah-tengah orang tu, maksud aku dekat playgroud. Tak nampak mane kot kalau duduk kat situ. Kadang-kadang, aku bergilir kerusi dengan member aku. Ingat sedap ke duduk atas lantai? Sakit bontot aku tau. So, kerja khusus terpaksa aku tangguh dulu. 

Dekat pukul 4.30 petang tu, barulah Mcd beransur lengang. Kalau tak, nak pecah Mcd sebab ramai sangat orang. Intai-intai bilik VIP, para hotsetahh ade lagi. Tapi sikit jelahh. Ahh, bagus ni. Bukak beg, amik laptop, hempas beg atas kerusi, sambung plug, bukak laptop & duduk dengan selesa. *Banyak laa pulakk --" Aina pon datang dengan misi menyelamatkan aku menyiapkan kerja khusus tersebut. Hope laa jugak kerja ni siap harini, tapi tak jugak. Masa pendek sangat. Setengah jam mana sempat weh. Adoii. Kemas-kemas barang terus turun, blah macam tu je. HAHA. Macam-macam rasa ade bila duduk kat situ. Menyesal ade, sedih ade, tersumbat ade, rindu pon ade *hehehe :D Rindunye kat dia ♥




Effa, you light up my world like nobody else. Love you always ♥

Friday, May 11, 2012


Hai Assalamualaikum. Harini hari sabtu dan aku asyik online dari pagi tadi hehe. Aku tak cuit lagi homework kat belakang tu. Esok siap lerr, terpaksa tadah telinga dengar cikgu potpetpotpet (-.-. Aku taktau nak buat ape sekarang. Haaaaa, laparnye. Tulis pasal diri sendiri laa. Oke op? HAHA --"


  • Nama saya Noor Ezzah Bt Tahar atau awak boleh panggil saya Ezzah, Izzah & Ejah :)
  • Saya budak Form 3 SMK Tengku Intan Zaharah (TIZTOPS)
  • Saya dilahirkan pada tanggal 14 Februari 1997 di Hospital Kuala Terengganu.
  • Saya suka makan, maen pesbuk, sakat orang, baca buku, meroyan, berangan & lain-lain lagi.
  • Saya ingin menjadi seorang fashion designer atau ahli perniagaan yang berjaya! (cewahh)
  • Saya suka makan nasik, masakan mak saya dan lain-lain. Jangan risau, saya tak makan orang.
  • Saya dilahirkan dengan mata yang kecik, hidung yang besar & jari kaki dan tangan macam alien (-.-
  • Saya seorang yang sensitif, gila-gila, garang ada tempatnye & actually saya pemalu :D
  • Saya teringin nak main piano, gitar, biola & telan sushi.
  • Saya bukan kidal. HAHA :)
  • Saya tak minat mana dengan K-POP. Tapi, saya mengaku saya amat tergilakan SNSD -.-"
  • Orang cakap tangan saya berpuake (*entah)
  • Saya suka tulis lirik lagu & lagu tu saya persembahkan buat orang yang tersayang  
  • Saya seorang yang sangat obses dengan telur. Kalau boleh, tiap-tiap nak hari nak makan telur --
  • Saya alegik kepada air soya, debu, bulu kucing & lelaki miang (*wtfish)
  • Saya diibaratkan pahat dengan penukul (*maksayakatalahkan)
  • Saya tak terlalu memilih & saya suka lelaki yang setia & sayang kat saya 
  • Saya sayang DNA Crewz - Effa Madeeha, Nur Fadhilah, Aina Fatin & Amira Izzati. I ♥ them.


Itulah saja dari hamba. hehe daaaa :D



p/s: Saya bencikan awak! --"

Friday, May 4, 2012


Hai Assalamualaikum :) Pergh lame kot blog ni tak ber-hupdate. Abes ber-cawang blog haku. *ape kes aku cakap cenggini ni? --" Okay bukak cerita laen. Kerja kursus aku still tak siap lagi. Orang laen sume dah nak siap. Aku punya KK Sej separuh jalan & KK Geo sepatah haram tak buat. Haa amik kau! Bukan tanak buat or malas, tapi taktau macam mana nak buat. Oh, tolonglah hambamu ini Ya Allah :(  Kalau aku tak siap dalam minggu ni, abes laa aku. Cikgu dah pesan, ni last chance saya bagi kat awak. Kalau tak siap jugak..


"Tiada maaf bagimu"


Haa amik kau sekali lagi. Aku dengan frustnye terus melempang muka aku dengan sepuas hati. Tak dapek apo, dapek sakit ado lahh --" Kepala aku akan diserang migrain bila teringat balek ape yang telah cikgu katekan itu (*what the __?) Herm. Ingat esok nak lepak Mcd dengan Makcik Effa. But tak confirm lagi. Takut makcik ni balek paka je. Esok kene bereskan jugak keje kursus ni. Muktamad! 
Mak aii, rindunya kat mamat ni. (*sape?) Entah. Taktau --". 

Friday, March 16, 2012

Helllo, Assalamualaikum. You're watching ET. HAHA okay. Lame gila kot aku tak update blog. Hari ni dah masuk 3 bulan. Wow, awesome ;D Banyak story ni. Panjang lebar kot kalau nak taip. Malam khamis, bapak sedare aku akad nikah dekat Ketengah Jaya. Die nikah ngan orang sane. Time sudah lafaz tu, senyum mewek mewek je pengantin baru tu. Almaklumlah, dah sah bergelar suami isteri :) Aku kalau tengok orang kawen, aku rase nak kawen jugaklah. Can i? Jom Sepet HAHAHAHA. Gila ke ape aku ni --"
Cuti seminggu dah nak abes. Homework bertimbun, malas nak buat. Kerja khusus tak gerak gerak. Hey ape ni? Nak relaks pon susah. Hadoiii --" & now, aku tengah menderita! Menderita sebab pirah @ kutu babi sedang enjoy hisap darah dalam telinga aku. Gila kau! Lama lama susah nak buang benda ni. Lainlah kalau die hisap darah dekat cuping telinga. Haiiii boleh demam aku camni :(




p/s: I heart you, Syed Amirul Afiq <3

Sunday, January 22, 2012


Assalamualaikum :D Korang sehat? Hehe bagoslah kalau sehat ;D Okay, haritu pesbuk aku kene hack. Kes aku tersalah tekan link yang orang tu anta kat chat. Apelagi, abes sume gamba aku hilang. Yang tinggal cuma gamba kartun. Kuang asam punye hacker. Aku takot diorang ape-apekan gamba aku. Wuuuu :( Sekarang aku dah hide gamba aku. Takot kene hack lagii weeee -.-" Okay, keje skola banyak jugak wooo. Masuk 29 Jan, terus exam TOV. Adehh menyakitkan T-T Err tapelah. Nak makan dul. Babai!




p/s: Saya rindu na berkapel *gataiii

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum :* Hello guys! Sehat? Aku sehat sehat je kat sini. So, malam jumaat tu aku ngan sume family aku pegi dekat pejabat baru abah aku. Nama perjabat tu (*secret) HAHA! Yang tau tau tu ajelah :) Buat solat hajat & makan makan. Pergh best gile makan ayam goreng. Yum yum :9 Eh, lupe plak. Esok dah 1.1.2012. Esok dah form 3 :D Memang sibuk lah aku tahun depan, err I mean esok -.-" Kene study 24 jam. Oh, penatnye. Takboleh bayang. Harap harap lah dapat 8A. Amin :) Mungkin ini post yang last. Mungkin kot. Maybe update tahun sekali. Err bulan sekali ke :D. 2012 dah takboleh nak relax relax depan laptop. Kang telinga plak yang merah. Adehh -.-" Ayoyo, takpelaa. Kbhai.






p/s: 2012, new beginning, new hopes, new dreams ♥

Thursday, December 29, 2011

Assalamualaikum :'D Heyy, rindunyeee kat blog ni. Bukan korang ye? :uh. Okay, lagi 3 hari nak bukak sekolah. Herm ape lagi yang tak beres ye? HA! tudung skola -.-" Kenapa asyik hujan je ni? Abes jalan kat Dungun, terbelah-belah. Ombak semakin tinggi. Ngeri menengoknya. Tapi rase bangga laa plak, tiap tiap masuk paper, berita. Haa amacam? -.-" 2012, aku akan face-to-face dengan PMR. Azam tahun depan ;

♥ Nak belajar rerajin (rajin-rajin)
♥ Nak '8A' :)
♥ Nak siapkan keje skola selagi mampu -.-"
♥ Nak siapkan nota.
♥ Nak dengar cakap parent :'D
♥ Solat 5 waktu, tak boleh tinggal!
♥ Kene rajin bukak buku jugak.
♥ Kene ubah perangai jadi baik.
♥ Tak boleh dah nak dating dating ngan Mr.Facebook.
♥ Tanak bercinta (*bercinta itu buang masa)
♥ Berpuasa untuk makan maggi. Sob sob sob T.T




p/s: Aku nak mandi ni. Dah. Kbhai.

Tuesday, December 27, 2011

Assalamualaikum :'D Hati aku jadi tenang balik lepas Aina maafkan aku. Sayang kau ketat ketat. Okay, back to our topik (*ade topik ke?) hehe entah. Semalam aku ngan sepupu aku 2 orang tido umah nenek aku. Nenek aku cakap, kalau aku tade maybe 2 orang tu tak ikot jugak. HAHA peliks -.-" Memang best laa tido atas katil 3 orang. Malam sebelom tido, kitorang nyanyi nyanyi sambil rakam ape yang dinyanyikan itu. Diorang suh aku nyanyi lagu Lelaki seperti aku. So, aku nyanyilah. Tapi, versi pompuan. Nyanyi punya nyanyi, diorang rakam tanpa pengetahuan aku. Brengset punye budak. Kene panggil budak sebab aku 3 tahun lebih tua dari dia :)
Tadi bangun pagi, tengok muka kat cermin. Adesh taik mata banyak. *sapu sapu. Belek belek muka, aku cam muka aku dah tade jerawat dah. Cuma tinggal parut. Mak aku pon ade perasan yang muka aku sekarang dah putih sket. Err aku rase tak -.-" Tengok rambut plak. Mak aihh salah gunting rambut depan. Ni kes taksub ngan cite Star King. Dia ade tunjuk cara cara nak gunting rambut depan sendiri. Tak payah buang duit pegi salon. Haa macam Sooyoung ni. Cantek kan?




Tapi aku dah try buat. Jadi memang laa jadi tapi tak sesuai ngan muke aku. WAAAAA :'( Mungkin sebab pakai spek dan dahi aku sempit sket kot. Bentuk muka pon tak berape nak lawa. HAHA :D Korang pon boleh try, tapi tatau nak tunjuk camne. Hehe. Laen kali jelah yea. Huhu tapelah kbhai.




p/s: Nak tedo. Ngantok -.-

Monday, December 26, 2011

Assalamualaikum semua. Actually harini adalah hari yang paling malang laa bagi aku. Ye memang malang. Tadi, aku bosan jadi aku pon belek belek gamba lama dalam folder. Tengok punya tengok, ade 3 keping gamba yang gila gila antara aku ngan Aina. Memang lawak laa gamba tu, Aina mencongekkan basikal & aku duk kat belakang. Jadi aku pon upload gamba tu kat fb. Aku letak nama Aina sekali. Ramai laa yang like. Aku saje saje je letak gamba tu, kalau dia tengok, dapat laa ingat memori lalu kan. Tapi bukan yang aku sangkakan, dia suh aku delete. Aku terkejut laa kan, gamba tu oke lagi. Tade cacat cela pon. Dah die suh delete, aku pon delete. Aku just nak gembirakan hati dia. Aku tau dia sedih. Dan aku tau dia mahu orang berada disisinya. Tapi cara aku buat tu salah. Aku telah menyakitkan hatinya. Ya Allah, ampunilah hambamu ini :(
Dear Aina Fatin, saya mintak maaf banyak banyak. Saya tau, saya bukanlah kawan yang baik. Saya punyai jiwa yang sensitif & saya pon tak mampu nak gembirakan orang lain. Saya cuma nak gembirakan awak, tapi lain pulak yang saya buat. Maafkan saya awak. Saya janji tak buat lagi. Saya tau saya tak berhak berada disisi awak. You are the kind person, not like me. Saya tak akan tenang selagi awak tak maafkan saya. Selamat tinggal awak :'(



p/s: Tangan aku menggeletar semasa menaip post ni. Aku sedeh :'(

Assalamualaikum awak awak semua :'D Today, ade kenduri dekat umah Pok Rosli. Yang berhormat tu :) Memang besar laa majlis kawen anak dia. Siap ade aiskrim lagi tau (*gedik) HAHA! Aku ngan sepupu aku cepat cepat rembat aiskrim. Tak dapat bunga telo, coklat tapi dapat aiskrim. Herm, aiskrim pon aiskrim laa. Janji free sudah -.-" Tadi aku tengok video Cinta Elysa ep akhir kat youtube. Pergh gila comel ending dia. Rugi kalau tak tengok -.-" Aku sampai menangis nangis tengok cite tu. Aduhai -.- Seminggu lagi sebelom skola start. Yahoo! Semua dah siap, kecuali stationery ngan tudung tak berjahit lagi. Adeshhh -.-" Tapelah. Aku tade mood ni. Kbhai.




p/s: Kbhai.

Saturday, December 24, 2011


Assalamualaikum :'D Today tak berape nak happy sangatlah. Erm entahlah sayang :'( Okey, tukar topik please. So harini, ade kenduri kat kampung sebelah. Jalan kaki ke sana dengan sanak saudara. Makan makan pastu belah camtu je. Bagus kan? LOL. Lepas kenduri, melencong ke pantai. Di tepi pantai yang indah, ku duduk seorang diri~ Oke fine saya tahu suara saya tak sedap :P Lepak kedai, pekena ice blended chocolate. Pergh sejuk gila! Masuk dalam kete, baru teringat hutang dengan Mak Lang tak bayar lagi. Melencong plak ke rumah Mak Lang. Jeng jeng jeng :D
RM10 je pon. Oke. Tengok pashmina yang tergantung di dinding, seliur plak dengan yang kaler ungu tu. Aiihh aku rembat dulu. Pastu hutang plak sekali lagi. Bila plak laa nak bayar ni -.-" Hum hum.



p/s: I have died everyday waiting for you. Yes, I lie you.