Wednesday, November 7, 2012


Haiiii everywan :D Rindu sama saya eh? Haaa tak baik tipu, tuhan marah. Hihihihi :) Anyway, dah 5 bulan aku tak update blog ni. (*5 bulan? Lame tuuuhh) Bukan ape, malas sangat nak main taep taep ni, lagi satu sebok dengan Encik facebook & Cik Twitter, pastu PMR lagi. OMG! Papepon, aku sudah bebas dari PMR. Finally I've found a freedom *skipping laa sangat -.-"  Tapi scared dengan tarikh ni 28/12/2012, ia dianggap berpuake kerana pada tarikh tersebut keluarnye result PMR 2012. Wahhh, berdebarnye saye -.-" Aku rase memang aku takkan dapat punye 8A's yang aku target, sebab soalan dia boleh tahan susah. Tapi mungkin graf akan turun, mungkin laa kott. Walaupapepon, kuar result nanti redho jelah, Allah SWT lebih mengetahui :)
On Tuesday, *tak ingat tarikh plakkk --", Kelab Kembara ade buat lawatan. Aku, Aina, Dhilah & Mira join 8 kaki bersama kerana ketiadaan tempat kosong bagi lawatan yang lain. Bayaran tak mahal, just RM200 je. Murah kan? (*murah tok hang). Tak ramai yang pegi, just 20 orang, plus cikgu cikgu ngan driver bus. Alahhh, sikit je kan? Memang tak syok, tapi kitorang happy je :D Bertolak dari Aizek pukul 6, sepatutnya pukul 5 dah kene berambus, tapi disebabkan janji melayu, terpakselah tolak pukul 6. Lewat 1 jam, jeng kreng. Lupe nak bagitau, kitorang pegi lawatan ke Perlis, Kedah & Perak. Sepatutnya kitorang pegi ke KL, tapi disebabkan takde hotel yang murah so terpakse batalkan & then pegi dekat Lost World Of Tambun, Perak. Mula mula kitorang pegi Perlis, duduk chalet dekat Beseri, stay 1 malam. Esoknya, check out terus ontheway pegi Gua Kelam. Satu perkataan je kat sane, AWESOME! memang best gila :) Banyak dapat pengalaman bila masuk tempat macam ni. Lepastu, pegi Padang Besar, Perlis. Kat sane murah wooo. Aku shopping banyak gila, abes dalam RM98 (*tak silap aku). Padahal bajet bawak RM200 je, HAHA :D. Lepas abes shopping sume, naek bus pegi pulak ke Kedah. Kitorang just pegi 1 tempat iaitu muzium padi. Best laa jugak walaupun mase tu pukul 5, muzium tu dah nak tutup -.-" 
Keluar dari muzium tanpa haluan hidup, naeb bas lagi pegi ke Perak. Lame jugak mase perjalanan tu. Keje aku tido jelah dalam bas tu, tak tido, dengar lagu. Ade mase tu, aku dengar lagu & aku tertido mase lagu dimainkan. Sampai mati henfon aku dibuatnye, hehe :) Sampai je Perak, menuju ke Tambun bagi check in chalet. Bagi aku ar kan, chalet ni better than before (in Perlis) sebab kat sini murah, banyak bilik, siap ade aircon lagi. Bagi aku, serba serbi lengkaplah, hasihh -.-". tido semalaman, keesokan harinya hati penuh rase gembira. Nak tau? Sebab nak pegi mandi dekat Lost World Of Tambun lahh! Hehehehe :D Ontheway pegi Lost World ambil mase beberapa minit je, sebab dekat sangat. Sebelum pegi tu having breakfast dulu dekat warung. Perot dah kenyang, terus masuk Lost World. Bayar mahal jugak, RM45 satu kepala bagi adult. Awesome jugaklah. Aku bagi 5 bintang :) Tapi 1 je aku tak geram, aku tak boleh naek gelongsor yang paling panjang tu sebab naek 'benda' tu kene pakai legging, tapi aku pakai seluar trek. Makk aih, takkan takboleh. Dia tetap tak bagi. Last last aku blah camtu je. Geramnya dalam hati ramai yang tahu, sebab ramai kot yang takboleh masuk disebabkan seluar tu, kihkihkih :'D Bagi menyejukkan api yang membara di dalam jiwa, Aina ajak aku masuk Petting Zoo. First memang takot jugak sebab ade bunyi something yang agak menyeramkan. Last last, masuk sambil berlari, Haha. Memang tak rugi masuk Petting Zoo ni, banyak haiwan dalam tu. Nak cite sampai besok tak abes rasenye. Dekat pukul 5 petang, kitorang dah mula bertolak balek ke Dungun. Sampai dekat Bukit Merah, Kelantan, singgah makan makan & beli souvenirs untuk family & member di Dungun. Sampai je Dungun pukul 2.30 pagi tu, kaki aku rase kejang & lenguh sangat. Balek kat rumah je, terus nangis nangis sebab memang dah sakit gila ni. Mujur abah aku ade, die tolong urutkan kaki aku. Finally, rupe rupenye aku baru tau yang sebenarnye aku takleh jalan jauh. Haaa kalau tak, jadi macam tadi tu, lenguh kaki sampai takleh tido. Hermmm, naseb naseb. Ni jelah story untuk harini. Nak tido plak. byebye korang. See you again :)




Gambar kenang di Lost World Of Tambun, Perak. Sape tak jumpa aku, dia pendek umur :P






p/s: Panjang pulak entri aku kali ni. Klah, tido dulu. Kroh kroh kroh zzzz.