Friday, December 16, 2011

Assalamualaikum semua :') Pagi tadi ade tuisyen math 8 ~ 10 pagi. Aku datang mungkin agak lewat kot pagi tadi. Herm entah lah. Tapi aku tengok ade dalam 5 orang camtu je. Aik garu garu kepale yang tak gatal. Aku terus duduk seat paling depan sekali. Aku berbuat demikian kerana mata aku rabun. Haa still rabun lagi? Sori itu spek kakak aku. Power dia 200++ sedangkan aku punya 375++. Haiii aku tak nampak apa apa pon dalam hidung dia. Aku stress betol bila cikgu guna marker kaler merah, tulisan jadi semakin tak nampak. Terpaksalah aku memperkecikkan mata aku yang sedia kecik ini -.-"
Today, 3 petang berangkat ke Mesramall. Focuspoint ada telefon mak aku tengah hari tu. Dia cakap spek aku dah siap. Yahoooo! Betapa gembiranya aku :DD Then, sampai Mesramall, aku ngan mak aku terus masuk macam orang kurang siuman. Masuk & bagi resit. Sementara menunggu diaorang amik spek, aku tengok tengok dalam cermin kaca. Spek mata nikon pon ade jugak, gucci, escada. Mahalnya mencecah ribuan ringgit. Aku tak mampu wey~ Bila diorang dah sampai, dia bagi spek yang baru tu kat aku. Aku pakai spek baru itu dengan perasaan berdebar + gembira. Bila pakai, aku rase macam nak pengsan. Pening gila kot. Tak ingat plak diorang ade cakap, maybe aku akan pening sebab selama aku pakai spek yang laen power. Haa ezzah kau terima jelah hakikatnya. Kau terpaksa bertahan pening selama seminggu, padan muka kau! Adeshh -.-"





Sekarang saya dapat melihat dengan lebih jelas ciptaan ALLAH S.W.T. Syukur Alhamdulillah :)
Tak pasti okey ke tak. Spek baru tu LOL.



p/s : Pening -.-