Saturday, September 24, 2016

Harini genap 1 tahun 3 bulan aku tak tulis blog ni. Taktau kenapa tetibe dia datang rasa rindu yang syahdu gituu. Cik abang pon ade tanye "tulis blog tak?". Jawapan nya tetap sama dari dulu, takde mase nak tulis. Die cakap dia suka baca blog aku. Haha apa yang menariknya blog ni? Hairan betul. So, harini aku dah habis exam mid sem 2 and tinggal satu lagi ujian amali farmaseutik pada lusa. On Jan 2016 aku telah diserap masuk sepenuhnya ke Kolej Sains Kesihatan Bersekekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak atau dikenali sebagai KSKBSAS. Dengan melalui 2 ujian online, ( 1 tak lepas sebab ade problem SPA punya laman web ) and 1 kali interview. Syukur alhamdulillah semua ujian lulus dengan sebaiknya, dapat satu pilihan, diploma dalam Penolong Pegawai Farmasi yang menjadi cita-cita aku sejak zaman sekolah menengah lagi. Huhuhu. Cakap pasal cita-cita, memang dah lama aku minat dengan farmasi. Aku mula jatuh cinta dengan 'dunia ubat' setelah masuk aliran sains masa tingkatan 4. Minat timbul bila faham belajar kimia, biologi tu semua. Merancang ambil jurusan farmasi dekat IPTA dengan masuk melalui matrikulasi. Tapi hampa, dengan berbekalkan result SPM yang seciput, aku tak layak. Aku memilih tingkatan 6. Tiada bayaran yuran, tempat belajar dekat dengan rumah ( sekolah lama masa SPM ) and hanya beli buku-buku STPM dalam anggaran RM400 kebawah and berbekalkan duit saku dan harapan mak ayah. Aku ambik aliran sains tulen sebab senang bagi untuk ambik degree dalam farmasi. Dalam proses 6 bulan belajar, rasa tertekan sebab susah yang amat. Betul kata orang, subjek sains tulen STPM ada matematik (T) memang payah nak skor. Dalam masa tu jugak, SPA tawarkan exam online. Niat tetap diteruskan, aku sanggup tangguhkan exam trial biologi petang tu sebab nak jawab exam online, tapi problem. Selang 2 minggu, aku ditawarkan lagi. Kalini Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Then, tiba masa aku exam final STPM sem 1, aku menangis jawab soalan biologi dengan matematik. Sedih. Tak nampak jalan cita-cita aku, semuanya kabur. Tak putus asa, sebulan lepas tu SPA tawarkan interview di ILP, Gong Badak Terengganu. Tapi interview tu hari sekolah, so aku mintak kebenaran cikgu. Cikgu aku banyak bagi dorongan, tapi ada satu ayat dia cakap, "first interview biasanya tak lepas, sebab payah". Dengan penuh harapan mak ayah dan cita-cita aku, berbekalkan dengan ilmu dan kemahiran interview yang dipelajari, akhirnya aku disini :) Bagi aku semua itu tidak sukar kalau kita berusaha. Bagi yang dapat course sama macam aku, kalau takde basic sains sekalipun, jangan bimbang. Yang 4flat tiap sem and dapat kerja tu bukannya ade basic sains pon, dulu sastera je. Berkat minat nak mencuba dan usaha, itu yang penting. Dulu amik nasib amik tingkatan 6 je, kalau tak kena tanggung beban hutang. Sekarang tak payah fikir pasal hutang, dengan elaun tiap bulan RM820, makan pakai cukup siap duit untuk mak pun aku boleh hulur tiap bulan. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan kerana aku tak perlu lagi menyusahkan mak ayah aku pasal tanggungan belajar kerana aku sekarang mampu tanggung diri sendiri :)