Monday, June 8, 2015

So today adalah second day aku teruskan hidup tanpa dia. Ini bukan kisah macam haritu, putus seminggu. Yang tu sebelah pihak merana, yang sebelah lagi rasa bersalah. But the end of the day, masing masing still boleh bawak bincang hal ni and now dah bahagia walaupun kadang kadang perli throwback putus seminggu. Kurang ajar. And now kita dalam perjalanan mencari kebahagiaan sebenar dengan masing masing tak contact, tak jumpa, tak call or anything couple do. Ini bukannya plan kita tapi dah dirancang oleh family aku sebab aku still student stpm yang memang kena fokus lebih laa. Bagi aku memang tak boleh terimalah semua ni, tak contact satu hari pon aku dah gelisah macam cacing panggang. Inikan pulak satu tahun lima bulan. Tahu tak tempoh tu agak lama. Kalau sebelum ni dia pergi kerja lima hari pon aku dah suruh dia balik sebab aku terlalu rindu dan tak boleh kalau sehari dia takde di samping aku. Walaupun sedih, merana, menangis air mata darah sekali pun, aku tetap kena redha dengan keputusan ni. Aku tau ini mungkin yang terbaik untuk aku. Selama satu tahun lima bulan aku peram rindu, nanti dah habis kita luahkan semua biar sampai dia lemas dalam lautan rinduku. Hahaha. My dear future husband, promise that awak akan tunggu saya, sama sama kita berlari berpimpin tangan merentas ranjau bahagia. Saya tahu mungkin sekarang kita sedang menanggung peritnya derita, namun percayalah suatu hari nanti pasti Allah menjanjikan sesuatu yang selama ini kita cari. Teruskan fokus dengan kerjayamu, kerana aku disini sedang mendoakan kamu agar dipermudahkan jalanmu untuk menghalalkanku. I love you :)