Tuesday, December 9, 2014

Assalamualaikum and good morning everyone! Harini rasa macam biasa je sebab tengah sibuk duk peram rindu kat cik kerang aku ni. Semalam dia dah ade Kelantan and pagi ni baru bertolak ke Myammar. Ya Allah memang berat sangat nak lepas dia pergi sana. Beginilah hidup kalau bercinta dengan seafarer asyik kena tinggal je. Kalau sekejap takpe laa ni sampai berbulan bulan. Uhuk uhuk. 

Before dia pergi, kitorang pergi dinner dekat Medan selera ikan bakar tepi pantai. Macam best je kan layan angin malam sepoi sepoi bahasa. Malam itu aku pakai simple simple je and bae pulak pakai baju garfield. Hahaha comel je. Malam itu aku makan kuey teow sup dengan air tea o ais laici pastu bae pulak makan nasi goreng biasa dengan air milo ais. Asyik minum milo je dia ni tapi tuan badan tak besar besar pon. Hahaha. Alhamdulillah aku dah boleh biasakan diri aku bila dengan dia. Kalau sebelum ni aku asyik berdebar je tapi malam tu takde dah. Sepatutnya kitorang makan dekat bawah langit malam tetibe hujan pulak terpaksalah pindah bawah bumbung dengan lampu yang sangat terang. Mase tu pulak siaran bola Malaysia lawan Vietnam rasenye..


Bae : Haa molek terang sikit duk sini, boleh tengok bola *sambil mata melekat kat tv
Aku : *berkata dalam hati* berat doh dang tengok bola abis arr *sambil kacau sudu dalam mangkuk


Tapi yang aku perhatikan memang dia banyak cakap dari tengok bola. Okey lah tu dari mata tu asyik melekat kat tv je sampai girlfriend kat sebelah dianggapnya tunggul sahaja. Time aku makan tu aku perasan dia perati je cara aku makan. Sampai nak tercover aku tapi tak cover pon. Aku makan je macam biasa. Lepas makan, kitorang jalan jalan dekat tepi pantai sambil borak borak. Best je buli dia malam tu. Aku tampar dia, cubit, ee geram aku tengok dia. Tapi dia tak melawan pon. Hahaha. Dia cakap dia takut bini hahaha pon boleh. 

Tengah best lepak lepak. tetibe hujan balik sekali mai lebat pulak tu. Kitorang berlari lari anak mencari tempat berteduh. Last duk bawah macam menara gitu entah aku pon taktau menara ape. Dekat setengah jam duduk bawah tu sambil tunggu hujan berhenti. Mase tu aku boleh tatap muka dia puas puas. Tersenyum senyum macam kerang busuk. Memang dia kerang busuk pon hahaha. Masa aku rasa macam dihargai sangat. Rasa macam taknak bagi dia balik umah nak suruh dia duduk dengan aku je setiap masa. Hahahahadoi rindunya.


p/s : I miss you so damn much my dear :'(