Sunday, May 25, 2014


Assalamualaikum. Lama dah tak menaip. Meh kita start enjin dulu *preng preng. Hahaa dah macam nak pergi berlumba motor daa haish. Okay, tajuk entri harini ialah mimpi kawin. Yes, mimpi kawin. Adakah aku sedang bermimpi tulis tajuk sebegini? Haha tidak. Aku tidak bermimpi, aku masih sedar *tampar pipi -,-

Sebabnya aku tulis entri macam ni sebab semalam aku mimpi aku kawin. Hahahaha bunyi macam kelakar tapi memang betul aku kawin. Gila kau. Best tuu hahaha. Tapi yang tak bestnya lah, "husband" aku tu bukannya Cik Haz, tapi orang lain! Ah lesaa -,- Cik Haz! Kenapa bukan awak?! -,-Seriously aku rasa macam kenal jejaka dalam mimpi aku ni, macam penah nampak dalam pesbuk, kot. Hahaha taktaulah. Macam ni mimpi aku tu, mula-mula mak aku kenalkan lelaki tu dekat aku. Dia cakap, 

"Mak nak kamu kawin dengan pilihan mak yang hensem ni"

Perghh ayat skema gila! Hahaha. Erghh NO! *reaksi muka menjijikkan. Last-last, kawin jugak aku dengan dia. Lepas kawin punya laa gaduh. Siang malam pagi petang asyik gaduh je. Ada satu scene yang agak kelakar aku rasa,

Cik Hasbeng : "Ko ni ape laa result PMR macam hape entah. Yang aku punya lagi bagos dari hang laa! Dahlaa tak reti masak, puihh. Bini ape ko ni?!"
Aku: "Ko pehal nak ungkit balik result PMR aku?! Result ko bagos takat mane pon aku tak heran laa! Podahh!"

Hahaha gila kau bangang pegi ungkit balik result PMR. Hadoi laaa. Teruk betul "husband" aku dalam cite ni. Tapi kan, mimpi semalam tu, macam last-last tu macam tak gaduh dah. Aku dengan dia macam nak kembali ke posisi asal kitorang sebagai suami isteri. Last scene aku ingat yang masa aku pandang dia masa dia tengah borak-borak ngan kawan dia, dia pandang aku, dia terus senyum dan lambai tangan kat aku. Pergghh sweet doe! Hahahhahaa. Cik Haz janganlaa marah, ni mimpi je ni. Hehehe :D Memang tak masuk akai langsung mimpi tu kan? Aku search "mimpi kawin" kat google, & jumpa ni, 

"Seseorang yang masih bujang, samada lelaki atau wanita, yang mimpi berkahwin mungkin memberi alamat bahawa dia akan segera menemui jodohnya dan mendirikan rumah tangga dalam kehidupannya di alam nyata" Sumber: Tafsir Mimpi Kahwin

Woi agak laa, aku muda lagi kot. Baru 17 tahun. Hahahadoi laa. Papepon, moga aku dapat kawin dengan pilihan aku sendiri lah, huhu Amin :) Doakan ye! :D



p/s: Nak termuntah plak bace entri aku sendiri. Base gatal! :P